Ahad, 15 Mac 2009

Winter Trip 1 : Jordan




Segalanya bermula di Mat3am Syami

Pada tarikh bila dah tak ingat, sedang kami (Bro Husaini, pokmad, fikri) makan sandwich syami, timbul topik perbualan "cuti ni kita nak ke mana?" datang pula cadangan..."kita ke Jordan nak?"
Kebetulan pula Bro Husaini dijemput untuk buat pembentangan kertas kerja di Jordan.

Nak dijadikan cerita, dah semuanya memang kaki berjalan, projek terus 'on'.Semua dah capai kata sepakat untuk ke Jordan selaku wakil delegasi dari PPM untuk menyertai Persidangan Tahunan Mahasiswa SeJordan kali ketiga (PERTAMA).

Di saat-saat akhir bertambah ahli rombongan iaitu Bro Azhar, YDP kita.

Pada masa ni, kami masih lagi dalam mode peperiksaan.Tak sabar rasanya nak habis exam.Habis je exam selang dua hari, kami terus bertolak ke Jordan.

11 Feb 2009

10.40 pm: Bas mula bertolak

02.45 am: Berehat di RnR

05.30 am: Berhenti lagi untuk solat Subuh

08.31 am: Sampai di Imigresen Jordan (Sempadan)
Kami sangkut di jawazat selama lebih kurang 4 jam disebabkan pegawai yang perlu menandatangani paspot kami masih belum masuk kerja.Akhirnya dengan bantuan pakcik-pakcik Syria yang satu bas dengan kami, urusan dipermudahkan.Pegawai Jawazat tadi dihubungi melalui telefon oleh pekerja jawazat untuk memberi izin kami masuk.Simple je kerja, tapi dah namanya Arab, faham2 je lah...malas nak komen banyak.

12.00 pm: Bas meneruskan perjalanan ke Jordan.

02.00 pm; Kami sampai di Amman.

Dari sana kami ambil teksi mpv ke mujamma3 syamaliah (MS).Driver teksi ni sebenarnya ambil penumpang lebih.Had penumpang 4 orang je.Kami berlima.Kenalah tahan dengan polis dan kena saman sejumlah 30 dinar.Sampai je di MS driver tadi pun minta kami bayar lebih sebab kena saman.Kami pun buat muka kering je terus berlalu buat-buat tak faham.Ada juga antara kami buat2 tak faham bahasa arab.Penulis bayar tambang sejumlah 3 dinar seperti yang disepakati pada awal2 tadi dan terus pergi tinggalkan driver tu.-Tips untuk bemu3amalah dgn arab.

02.30 pm: Tiba di Mujamma3 syamaliah.

Kami makan dan solat di sana.Pada waktu ni cukup keliru nak bayar duit makanan sebab baru nak berjinak-jinak dengan dinar.Lupa nak bagitau, sepanjang musafir di Jordan ni, Penulis dilantik sebagai Bendahari rehlah.Pokmad jadi Amir rehlah kami di Jordan.

03.30 pm:Bertolak ke Irbid dengan menaiki bas.Tambang bas 1.55 dinar seorang.

04.30 pm: Sampai di stesen bas Irbid.Dari sana kami diambil oleh Saiful (muka dia macam Faisal tehrani), Syarafi, dan kawan-kawannya.-Sori tak berapa ingat nama semuanya, tapi jasamu di kenang.

Kami ditempatkan di rumah Afif dan Syakir.Kami berehat, mandi, seterika baju, dan buat apa2 yg patut.

Kami tiba di dewan Al-Kindi Universiti Yarmuk Jordan dengan penampilan yang istimewa...Kami semua berjubah putih.Jadi Istimewa sebab dalam majlis tu tiada yang berjubah kecuali pelajar akhawat.Pelajar lelaki kebanyakannya memakai vest dan baju batik -etika pakaian yang ditetapkan dalam majlis ketika itu.Kami tak tahu sebab tak dimaklumkan.

Pada malamnya, Majlis perasmian PERTAMA dijalankan.Ianya dirasmikan oleh TYT Dato' Abdul malek bin Abdul Aziz, Duta Besar Malaysia ke Amman Jordan.




Banner PERTAMA



Kami...khusyuk



TYT Duta Dato' Abdul Malek merasmikan PERTAMA





Keesokannya...


13 Feb 2009

09.45 am: Kami tiba di dewan lewat.Maklumlah letih semalam tak hilang lagi.Kami makan sarapan nasi lemak dan kuih.Terima kasih diucapkan pada tukang masak sarapan kami.

11.15 am: Bro Husaini selaku wakil dari Arab Saudi membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Peranan Media dan Ilmu Hadith didalam dakwah.Entah betul ke tak tajuk ni...lebih kuranglah.Dalam Buletin PERTAMA, tertulis Mahasiswa dan isu semasa.
Pembentangan yang sememangnya mantap dan best.Kertas kerjanya pun tebal.Isi pembentangan kita bincang lain dalam tajuk blog yang akan datang InsyaAllah.



Husaini Membentangkan kertas kerjanya yang mantap dan best.


12.30 pm: Kami solat Jumaat.Selesai solat, ada jemputan dari ikhwah-ikhwah Jordan untuk makan tengah hari.Menu: nasi briani dan kuah kari.Ada juga nasi briani di negara arab ni.Pelik juga kan? beli kat kedai makan Yaman pula tu.Apa2 pn Jazakumullah khair, nasinya memang sedap.Sempat juga berta3aruf dengan ikhwah2 yang ada masa tu.



(Berdiri)Pokmad, Syamil, Fikri, Penulis, Marwan
(Duduk) Aiman, Munir, Firdaus.


02.30 pm: Dalam masa yang sama, sedang kami ziarah rumah ikhwah ni, Program PERTAMA rupanya-rupanya tergendala.Program tidak dibenarkan diteruskan di dewan kerana ada mata-mata yang mereport kononnya ada berlaku unsur-unsur pengganas (mungkin).Lalu program ditangguhkan pada waktu malamnya.

09.00 pm: Program diteruskan juga di Solah Petra (dewan orang kahwin).Pembentangan wakil dari Yaman dan sesi soal jawab.Majlis tamat lebih kurang jam 11.15 pm.

11.45 pm: Kami merancang perjalanan seterusnya di Jordan dengan Munir a.k.a Dr Romeo.Banyak tempat yang dicadangkan untuk pergi dan tips2 untuk minta harga murah dan cara berkomunikasi menggunakan bahasa 'isyarat'.

Pada waktu ni juga serangan sakit gigi makin menjadi-jadi.Geraham bongsu dah berlubang.Yang sadisnya, sakit gigi ni menyebabkan kawan2 lain turut merasa sakit.Kami rapatla katakan.Nak berlakon macam tak sakit pun tak boleh, sebab sakit gigi ni boleh buat sakit satu badan.Rasanya malam tu dapat tidur dalam dua jam je kut sebab asyik terjaga.Sakit sangat....

Bersambung...

0 ulasan:

Template by:
Free Blog Templates