Rabu, 29 April 2009

Senyuman Kelat





Oleh Abdul Syahiid Shafruddin @ http://taqeyyabella.naemy.net


Tersentak juga penulis membaca beberapa tulisan di salah sebuah forum.


Kusut.


Susah sangatkah kita memahami Islam!?


Islam yang penulis kenal menyeru kepada kesatuan, melahirkan budi pekerti mulia, meninggikan budaya ilmu, menjauhi fitnah dan buruk sangka, memartabatkan akal, memurnikan aqidah, mensyariatkan ibadah, mengikhlaskan niat, dan seribu satu hal lain yang semuanya baik-baik belaka.


Islam yang penulis kenal membuatkan sesama islam semakian erat persaudaraannya walau warna kulit berbeza, walau bangsa tak serupa, walau profesi berbeza-beza, walau ladang dakwah tidak sama, walau ideologi berbeza, walau manhaj dakwah berlainan bentuk dan warna. Kerana apa pun jua tauhid sebagai naungan, Allah sebagai tuhan, Syurga sebagai tujuan.


Semua perkara boleh berbeza kecuali tuhan, rasul, kitab, kiblat, matlamat (syurga) dan akhlak perlu sama.


Ramai yang berselisih masalah itu dan ini, pendekatan itu dan pendekatan ini, manhaj itu dan manhaj ini tapi semua tidak dapat berselisih bahawa akhlak karimah sebagai petanda seorang muslim, Allah sebagai tuhan, Muhammad sebagai rasul, Al-Quran sebagai kitab dan Syurga sebagai tujuan dan matlamat.


ABIM-ISMA-KONSIS-PMRAM bahkan UMNO semua ini hanya jalan yang kita pilih sebagai saluran. Anda masuk di dalamnya anda bertanggung jawab di hadapan Allah SWT.


Si A berkata, “Kelompok B dan C itu bersekongkol dengan kerajaan, mereka sengaja ditubuhkan untuk menghancurkan kita.. bla.. bla.. bla..”


Si B berkata, “Kalau anda ingin mencari tempat meningkatkan potensi diri hubungi saya ya. InsyaAllah kalau anda selesa boleh diteruskan kalau tidak sila cari tempat yang lebih sesuai dengan jiwa anda.”


Si C berkata, “Eh, kamu kena masuk ini. Buat apa kamu ikot mereka, mereka tu sibuk berpolitik saja, solat jemaah, baca Quran, tahajjud entah kemana!! Akhlaknya tuhan saja yang tahu!!”


Si D berkata, “Apa yang saya kata kepada anda saya pertanggung jawabkan di depan Allah SWT. Mengenai hal itu saya tidak tahu. Saya tidak akan perkatakannya kerana itu mungkin mengandung fitnah!”


Si E berkata, “Mereka itu pemecah belah, kita perlu jaga kesatuan kita, siapa yang keluar dari jemaah ini mereka adalah jahiliah. Mereka itu telah menyalahi ayat wa’tashimu bihablillahi wala tafarraqu.. Mereka itu bermaksiat, kita bermualamah dengan mereka dalam keadaan tidak redha!”


Si F berkata, “Lantaklah mereka nak bergaduh, peduli apa aku. Suka hati akulah nak bersikap macam mana. Nak telanjang ke nak hisap rokok ke, yang penting aku tak kacau korang so korang tak payah nak kacau aku!”


Tersenyum penulis membaca tulisan mereka. Tiada kesudahan. Prasangka demi prasangka, fitnah di atas fitnah, emosi dan emosi. Apa sebenarnya yang diperjuangkan pun sudah tidak jelas. Menyempitkan pahaman yang luas dan meluaskan pahaman yang sempit. Kasihan.


Ternyata tidak mudah memahami Islam dan mengamalkan Islam. Semua orang mengaku paling benar dan paling syumul. Mengaku kesatuannya yang perlu diiktiraf dan selain kelompoknya sesat dan pemecah belah.


Kepada mereka yang masih keliru, seruan penulis agar kembali kepada asal. Kenali dulu hakikat Islam. Pelajari dulu erti ihsan dan ikhlas. Budaya tarik menarik, tuduh menuduh, fitnah memfitnah bukan budaya kita.


Kullumriin bima kasaba rahin.. Setiap manusia atas apa yang dilakukan tersimpan.. Hal jazaul ihsan illal ihsan.. Adakah balasan kebaikan selain kebaikan..Ittabiu man la yasalukum ajran wahummuhtadun.. ikutilah siapa yang tidak meminta darimu balasan dan mereka orang yang memberi petunjuk. Ud’u ila sabili rabbika bilhikmati wal mau’izotil hasanati wajadilhum billati hiya ahsan.. Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan perangilah (berdebatlah) dengan cara yang terbaik..


“Ustaz siapa yang benar menurut ustaz di dalam hal ini?” tanya seorang yang kebingungan.


“Siapa yang kelakuannya, tutur katanya dan amalannya bercanggah dari apa yang ada di dalam Al-Quran dan As-Sunnah maka mereka itu yang salah.


“Ustaz benarkah ABIM, KONSIS, ISMA dan lain-lain bersekongkol dengan UMNO, buktinya mereka mendapat pengiktirafan oleh Kedutaan Besar Malaysia Ke Mesir!!??”


“Oh, itu kerana mereka pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar di Malaysia, maka ketika berada di Mesir mereka turut berdaftar di bawah kedutaan. Semua rakyat malaysia berhak mendapat layanan sama dari kerajaan namun kita perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan seperti berdaftar di bawah kedutaan. Siapa yang merasa tidak perlu berdaftar tidak perlu takut sama ada diiktiraf atau pun tidak kerana itu adalah hak peribadi masing-masing. Jika tidak mahu berdaftar mengapa pula minta diiktiraf.”


“Lalu jemaah mana yang benar dan siapa yang pemecah belah?”


“Benar menurut siapa? dan pecah belah dari apa? Jemaah yang benar menurut Allah adalah yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai teras dan landasan. Pemecah belah adalah mereka yang tidak rukuk dan sujud bersama-sama para muslimin di dalam saf-saf muslimin ke arah kiblat yang satu iaitu kaa’bah dan Allah sebagai tuhan yang disembah. Kesatuan menurut Allah tidak mengira warna kulit, tempat, mazhab, ngo dan latar belakang politik.”


“Ustaz, susahlah macam ni, ustaz perlulah jelas kelompok mana yang perlu saya ikut!!??”


“Apakah kamu meminta saya menyempitkan yang luas dan meluaskan yang sempit!!?? Ukuran yang diterima di sisi Allah adalah ukuran Al-Quran dan Sunnah. So, suka tak suka mahu tak mahu, jika mahu selamat itulah rujukan yang sepatutnya. Anda boleh sertai semua yang ada samaada PMRAM, KONSIS, ISMA, ABIM atau bahkan UMNO dan anda boleh nilai siapa diantara mereka yang paling sesuai dengan pahaman anda dari prespektif Al-Quran dan Sunnah. Anda perlu adil terhadap diri anda dan anda perlu adil terhadap semua.”


Penulis sentiasa berdoa agar umat Islam diberikan kelembutan hati dan keterbukaan minda. Allahumma allif baina qulubil muslimin, wajma’ kalimatahum, wawahhid shufufahum wa allif zata bainihim, allahumma habbib ilainal iman wa zayyinhu fi qulubina wa karrih ilainal kufra wal fusuqa wal ‘ishyan waj’alna minarrashidin, allahummagfirlana wa liikhwaninallazina sabaku fil iman wala taj’al fi qulubina gillan lillazina amanu..

Isnin, 27 April 2009

Ma3alim Madinah Special Edition


Busyra bagi Sahabat-sahabat di Madinah.
Pada Khamis ini 30 April ini akan diadakan Ma3alim Madinah Istimewa bagi Mahasiswa di Madinah.
Tentatif Programnya amat menarik dimana pelbagai tempat-tempat bersejarah di Madinah yang mungkin Mahasiswa Madinah sendiri tidak pernah pun menjejakkan kaki setelah bertahun-tahun bermukim di Madinah.
Penulis difahamkan bahawa terdapat destinasi tambahan yang tidak disenaraikan didalam Poster di atas.
Jadi jangan lepaskan peluang berharga ini.Berjalan menambah ilmu dan pengalaman.

Khamis, 23 April 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis


KONVESYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS
Sabtu 9 Mei 2009
8 pagi - 5 petang
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur
Penyertaan: RM 10
Anjuran: PEMBINA dan Aman Palestine
Maklumat lanjut di http://www.kbaz. net

Konvensyen yang bertujuan mengumpulkan para belia dari seluruh pelusuk tahanair agar menghayati dan memahami isu ini turut akan mengadakan pameran dan jualan sepanjang berlangsungnya konvensyen.

PANELIS :
Dr. Mohsen Saleh , Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London

Dr. Azzam al-Tamimi , Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan

Dr. Roslan b Mohd Nor , Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006 , PhD in 'Islamic Jerusalem Studies', Aberdeen University Scotland

ATURCARA KONVESYEN
8.00 PAGI: Pendaftaran Peserta
8.30 PAGI: PEMBENTANGAN 1 - Dr. Roslan bin Mohd Nor (Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)
9.30 PAGI: Ucapan - Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman (Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)
10.45 PAGI: Jamuan ringan
11.00 PAGI : Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimi (Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)
12.00 TGH: Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Saleh (Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)
1.00 TGH: Rehat, makan dan solat
2.00 PTG: Pembentangan 4 - Dr. Azzam al-Tamimi (Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)
3.00 PTG: Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Saleh (Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)
4.00 - 5.00 PTG: Majlis Penutup
Ucapan Penangguhan - Dr. Kamil Azmi Tohiran , Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Penyertaan masih terbuka kepada semua. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai konvensyen ini bolehlah mendaftarkan diri kepada nama-nama dibawah, tempat adalah terhad:

Muaz: 013 3044180
Zaizul: 019 6641406
Dr. Kamil: 016 9490623
Dr. Kamsani: 013 6130189
Pn. Suriani: 019 6654746
Pn. Kamisah: 019 2796792
e-mail: amanpalestin@ yahoo.com
Website: http://kbaz. net/
Untuk keterangan lanjut, hubungi: Aman Palestin Berhad

::BERMINAT MENAJA::

Kepada sesiapa yang ada kelapangan wang ringgit atau mempunyai sahabat handai yang dermawan serta hartawan bolehlah menghulurkan derma bagi menjayakan program yang besar lagi bermakna kepada kita semua.

Derma bolehlah disalurkan kepada:
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787

Selasa, 21 April 2009

ظاهرة التدين الجديد وأثره في تمرير ثقافة التغريب





Assalamualaikum,

Firman Allah Taala:
فليحذر الذين يخالفون عن أمره أن تصيبهم فتنة أو يصيبهم عذاب أليم

Yang bermaksud: " Maka beringatlah orang-orang yang menyalahi perintah RasulNya akan timpaan ujian fitnah atau ditimpa azab yang pedih" (An-Nur : 63)

InsyaAllah pada penulisan kali ini Penulis ingin berkongsi dengan sahabat semua mengenai sebuah buku yang bertajuk “ Kemunculan Golongan yang memodenkan/memperbaharui agama dan kesannya pada kemasukan kefahaman yang membaratkan (masyarakat Islam)”

Di dalam pembuka bicara kitab ini, Penulis kitab Anwar Qasim Al-khudhari (AQK) mengajak kita semua berlaku adil dalam menilai Barat dengan menjadi orang yang pertengahan.Mana yang positif dari Barat kita jadikan teladan dan yang negatif kita jadikan sempadan.Seterusnya AQK menyeru kita supaya dapat membezakan diantara Tajdid Ad-dini (Golongan Tajdid-mujaddid) dan Tadayyun Al-jadid (Golongan memodenkan agama).

Siapakah Golongan yang Memodenkan Agama (GMA) ?

Sebelum kita mengenal siapakah GMA, adalah lebih baik kita perbetulkan niat, berlapang dada, dan berfikiran positif kerana mungkin secara tidak langsung dan tidak sengaja kita termasuk di dalam ajen golongan GMA ini.

• Pendakwah Agama yang telah mendapat nama di mata masyarakat

Mereka muncul dengan imej moden dengan harapan mudah didekati oleh masyarakat.Ini bukan isunya.

Isunya ialah apabila telah dapat diterima masyarakat, gaya hidup mereka juga adalah amat longgar.Mereka boleh hadir di majlis-majlis maksiat, menganjurkan program yang bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Bagi pendakwah wanita pula, mereka tampil dengan imej muka yang penuh dengan solekan, pakaian berfesyen yang menaikkan syahwat lelaki.¹

Setelah mereka menjadi figur masyarakat, gaya mereka ini akan diikut oleh masyarakat.Apabila masyarakat ditegur, mereka berhujah bahawa ustaz fulan dan ustazah fulanah boleh buat.Mestilah syarak membenarkan.Jika tidak, masakan ustaz dan ustazah tadi tidak tahu tentang hukum hakam.

• Pendakwah yang tidak mempunyai ilmu agama

Mereka ini tampil dengan niat baik ingin memperbaiki ummah.Mereka ini mempunyai daya tarikan di mata masyarakat dengan mempunyai kemahiran teknologi dunia terkini.

Mereka mudah memberi fatwa kepada masyarakat, dan fatwa yang diberi berdasarkan logik akal memenuhi selera kehendak masyarakat.

Seterusnya AQK mendatangkan kepada kita beberapa contoh individu yang mempunyai ciri-ciri di atas, sebab munculnya GMA, dan perkembangan pesat mereka di Eropah.

Semoga kita tidak tergolong daripada golongan diatas yang secara tidak langsung membantu kepada berkembangnya penerimaan masyarakat terhadap pengaruh negatif dari Barat.Kita berdoa semoga Allah menetapkan hati kita didalam jalan dakwah ini dan terselamat dari tipu daya bisikan Iblis.

Wallahua3lam.

¹ Sila rujuk Surah Al-Ahzab : 33


Template by:
Free Blog Templates