Khamis, 8 Januari 2009

Hari Asyura- suatu kajian



Oleh Ustaz Ahmad Faizal Bin Ramly
Dirasat Ulya, Usuluddin dan Dakwah
Universiti Islam Madinah



Saya masih ingat dengan jelas, waktu itu saya masih di peringkat menengah rendah di SMA(A)SZA. Badan Agama Islam (BADAI), Persatuan Puteri Islam, GPMS dan pentadbiran sekolah bersama-sama berpakat untuk melaksanakan satu acara tahunan sekolah yang diadakan setiap kali tibanya bulan Muharam. Bukan berarak sempena Maal Hijrah, bukan juga bacaan doa tahun baru yang biasanya dibuat di musolla sebelum menjelang maghrib sebaliknya bergotong royong menyediakan bubur untuk meraikan hari asyura.

Hari sepuluh Muharam tahun itu tidak bermula dengan sibuk, ramai kawan-kawan saya pergi keluar ke bandar (outing) kerana hari itu hari Sabtu. Di bawah khemah yang dipasang untuk mengacau bubur tersedia lapan pangku untuk kawah-kawah bubur yang akan dimasak selama lapan jam hingga sempurna. Yang agak sibuk adalah ajk dan beberapa ahli persatuan, guru penasihat dan senior daripada tingkatan lima dan enam. Guru kelas saya, Datin Sakinah ada di situ. Ustaz-ustazah, cikgu –cikgu pun datang. Ada pakar bubur (tukang masak) yang dibawa dari kampung entah mana yang akan menentukan sukatan bahan-bahan dan ramuan bubur. Saya seronok sebab sekolah yang selalunya bersuasana formal menjadi ceria dengan celoteh cikgu dan ragam pelajar mengacau bubur.

Hari Asyura.
Waktu itu saya dengar dari senior thanawi, hari ini sunat puasa, hari ini hari bahtera nabi Nuh berlabuh, makanan sangat tidak mencukupi, lalu nabi Nuh mengumpul mana-mana makanan yang ada pada pengikut-pengikutny a, kemudiannya dimasak sekaligus di dalam satu kawah, segala bijirin dan sayuran, segala rempah dan daging, ditaruh sekali, dimasak hingga hilang segala sifat maka terciptalah buat kesekiannya resepi bubur asyura. Tak sangka resepi tersebut menjadi sedap. Kita memasak bubur asyura untuk memperingati kepayahan umat Nuh dan hari bersejarah tersebut. Hari ini saya memikirkan, betulkah itu sebabnya kita disyariatkan makan bubur ini pada hari ini?

Saya berpuasa hari itu. Tapi saya tak tahu siapa yang turut berpuasa. Semua nampaknya meneguk air sirap tersedia, dek kehausan mengacau bubur, peluh pula tersejat dek bahang api dari bawah kawah. Pagi membawa ke petang, saya kepenatan, air sirap tampak sedapnya lain macam, air yang terkondensasi di luar baldi sirap yang sejuk mencabar kesabaran saya. Akhirnya saya bermonolog, puasa hari ni sunat sahaja….

Itulah penghayatan saya dan komuniti saya suatu ketika dulu terhadap asyura. Menikmati bubur peringatan.

Di akhir pengajian di peringkat Thanawi, saya belajar pasal sejarah Islam. Saya berkenalan dengan kumpulan Syiah. Rupa-rupanya Syiah menyambut hari asyura dengan sambutan berbeza..Hari ini adalah hari yang celaka. Hari ini hari cucu baginda Nabi, Saidina Hussain anaknya Fatimah azZahra dan Saidina Ali dibunuh dengan kejam di Karbala`. Hari ini kehormatan ahli keluarga dicalar dan diabai. Syiah meratapi hari ini di Najaf (dulunya dikenali sebagai Kufah). Perempuan syiah meraung-raung, memukul-mukul dada, menghantuk dahi dan kepala. Lelaki syiah pula mencederakan badan dengan benda tajam dan rantai besi, parang dan pisau, badik dan beliung, darah bersimbah membasahi pakaian, lolongan dan ratapan adalah penghayatan peristiwa asyura. Celaan, laknat, dan nista dilemparkan semahunya kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kekadang membawa kepada keturunan dan nenek moyang mereka yang tidak terlibat lansung dengan peristiwa sadis ini.

Ini adalah penghayatan Syiah terhadap asyura. Sedih dan pilu membuak di hati apabila mengenangkan keluarga termulia diperlakukan sehinanya oleh orang Islam sendiri. Tapi, inikah yang disyariatkan oleh Junjungan Mulia SAW? Sekonyong-konyong hadith laranganan keras serta gertakan Baginda SAW daripada meniru kelakuan orang jahiliyah sewaktu meghadapi pemergian saudara mereka-menerjah ke benak saya. Orang musyrik tidak redha dengan taqdir, orang musyrik tak menyebut : Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun, la haula wala quwwata illa billah.[1]
Di university saya membaca buku hadith dan sejarah. Sebenarnya hari Asyura yang merupakan hari kesepuluh Muharam merupakan hari kesyukuran sejak zaman para nabi sebelum Nabi Muhammad SAW. Sewaktu nabi Muhammad belum lagi diangkat menjadi utusan dan pembawa berita, orang Arab jahiliyah sangat memuliakan hari Asyura. Menurut Ibh Hajar al`Asqalany, mereka berpuasa pada hari asyura dan mereka menukar kelambu Ka`bah pada hari asyura sebagai menghayati keagungan hari ini. Puasa hari Asyura merupakan syiar agama nabi Ibrahim yang masih berbaki di dalam masyarakat jahiliah sama seperti syiar Haji. Jesteru itu, Nabi Muhammad juga berpuasa asyura sebelum diangkat menjadi Nabi dan selepas diangkat sehinggalah baginda berhijrah ke Madinah. Puasa hari asyura adalah bagi menyatakan kesyukuran di atas kejayaan umat yang bertauhid daripada kejahatan umat musyrikin. Di dalam satu riwayat di dalam Musnad Imam Ahmad, hari asyura adalah hari nabi Musa dan hari bahtera nabi Nuh berlabuh.[2]
Rupanya itulah sebab penghayatan asyura. Tapi bagaimanakah hendak menghayatinya?

Pada tahun nabi Muhammad tiba di Madinah, kaum Yahudi yang berada di Madinah merayakan hari asyura dengan berpuasa dan seterusnya keluar bergembira. Nabi Muhammad lantas bertanyakan Yahudi memandangkan syiar berpuasa yang serupa. Lalu yahudi menjawab : Hari ini hari Musa diselamatkan daripada kezaliman firaun, lalu Musa berpuasa bagi menyatakan syukur, kerana itu mereka berpuasa dan bergembira. Lantas Nabi Muhammad menggesa : Kita adalah lebih layak mengingati Musa daripada mereka, [3]baginda kemudiannya menyuruh semua berpuasa. Sabda baginda : barangsiapa yang belum makan hendaklah berpuasa, barangsiapa yang telah makan maka hentikanlah (tahan dari makan). [4]

Yahudi masih lagi merayakan hari ini, bahkan ia merupakan perayaan yang sangat besar di sisi mereka. Cuma sedikit kekeliruan mungkin berlaku kerana sebahgian kaum yahudi yang bertempiaran (diaspora) telah mengubah perkiraan kalendarnya mengikut sistem lunasolar sewaktu cengkaman Rom,[5] mereka juga telah banyak meminda ajaran taurat.
Oleh sebab itu, bacaan kalender mereka hanya boleh dibuat oleh kohen dan rabbi. Perayaan sepuluh haribulan (asyura) dikenali Pesakh (the atonement day) dirayakan di Jerusalem pada bulan Teshrei (bulan pertama sumeria) didahului dengan puasa bermula dari sebelum terbenam matahari hinggalah terbenam matahari esoknya (lebih dua puluh empat jam). Diniharinya pula diisi dengan sembahyang, doa, dan upacara ritual. Yang menjadi keseraman, apabila mereka menyediakan dua ekor kambing, satu untuk Lord dan satu lagi untuk Azazil (iblis). Setelah mengakui segala dosa dan kesilapan, Rabbi akan menyembelih kambing untuk Lord, setelah mengakui dosa dan kesilapan, kambing untuk Azazil pula dihambat ke hutan dan di harap tidak pulang. Untuk memastikan ia tidak pulang, biasanya ia ditolak ke bawah gaung sebagai simbolik kejahatan yang tidak kembali. Pesakh dirayakan bagi mengingati hari Musa diberikan Taurat gantian bagi menggantikan naskhah yang telah dipecahkannya.

Tetapi hari kejayaan Musa dari firaun (Passover) dirayakan pada hari kelima belas hingga kedua puluh satu haribulan Nisan (bulan ketujuh sumeria lebih kurang bulan April kalendar solar) pada hari ini darah dilumurkan di anjung rumah, mereka tak dibenarkan memakan maupun menyimpan bahan daripada bijirin yang telah diperap atau diperam. Semua bahan seperti roti, biskut, pasta, arak, mesti dimakan sebelum hari perayaan, atau dimusnahkan atau dijual. Upacara pembersihan rumah daripada sebarang cebisan bahan ini pula, wajib dilaksanakan. Biasanya mereka akan menyediakan cebisan roti dan diletakkan dicelah-celah perabot yang akan dikutip pada hari pembersihan. Kalau seseorang merupakan penjual roti, arak, atau peruncit, dia mestilah menjual (secara olok-olok atau kontrak) kedainya kepada bukan Yahudi melalui perantaraan Rabbi dan dibeli semula selepas perayaan. Semua ini dilakukan bagi menghayati kekalutan yang dihadapi oleh Yahudi sewaktu melarikan diri dari Mesir sehinggakan mereka tiada masa memasak roti. Mereka akan memakan Motza (doh yang dimasak segera, leper dan padat) dan Morur (sayuran pahit) bagi menghayati kepayahan kaum Yahudi zaman Musa.[6]

Peliknya penghayatan Asyura disisi Yahudi : kalau Pesakh di cemari syirik terhadap Allah dengan menunaikan korban untuk Azazil, dicemari dengan pembaziran apabila kambing tersebut tidak dapat dimakan dagingnya, ditambah pula kezaliman dengan mencampaknya ke bawah gaung. Manakala, Passover pula dicemari dengan tipu helah syariat, bagi meloloskan diri daripada syariat yang menekan, yang tak mampu dilaksanakan dengan ikhlas.

Terlintas dibenak saya, semacam ada kesamaan apabila menghayati hari kebesaran dengan memakan makanan nenek moyang yang berada dalam keadaan genting dan gawat. Yahudi memakan motza dan morur, muslim memakan bubur.

Ini hanyalah lintasan dalam benak saya, belum pernah lagi saya mendengar mana-mana ilmuwan yang menyebut persamaan ini. Selagi ia halal dimakan, kenapakah nak dihalang, tetapi mestikah ia disandarkan pada agama dan disyariatkan? Maksud saya, dengan mengatakan sunnat dimakan pada hari ini, kerana ia makanan seorang nabi dan pengikutnya! Bukankah asas syariat kita Quran dan Sunnah, bukan berasaskan rekaan penglipulara dan pemutar sejarah.

Bercakap tentang asyura lagi, ada beberapa hadith yang dilaporkan berkaitan tentang kelebihan asyura. Seperti hadith bersedekah hari asyura, bercelak dan bercantik-cantikan pada hari ini, ganjarannya besar sekali. Malangnya kesemua hadith-hadith ini adalah rekaan semata-mata, ianya dicipta oleh kelompok ahli ibadat dengan tujuan menggalakan manusia bergembira sebagai melawan syariat rekaan Syiah yang bernestapa pada hari ini. Ibn Taimiyah mengulas tentang isu ini dengan berkata: Aku tak tahu samada yang memulakan rekaan ini bertujuan menyatakan kebencian terhadap ahli bait (nawasib) ataupun sebaliknya, namun melakukan ibadat dengan panduan selain daripada Allah dan rasulNya adalah suatu kesesatan.[7]

Rekaan dalam agama dengan mencipta hadith palsu, hanya akan membuahkan kepelbagaian yang tidak mungkin diserasikan, ia menggalakan ketaasuban terhadap pendapat, dan yang paling besar- melupakan kita sunnah sebenar yang disyariatkan Junjungan Mulia. Syiah tentunya tak berpuasa pada hari asyura. Kepenatan menyediakan bubur, serta cerita-cerita rekaan pula, mungkin melupakan kita untuk berpuasa dan menghayati kelebihan puasa, kesyukuran asyura dan merebut fadhilatnya seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadith sahih- puasa asyura diharapkan menebus kesilapan yang dilakukan pada tahun lalu.

Saya berharap ada di kalangan penatap coretan saya yang dapat menulis secara terperinci tentang asyura dari perspektif yang pelbagai, contohnya perbandingan mazhab, agama, perincian sejarah, sosiologi selain isu feqh dan sebagainya dengan kajian yang teliti dan ilmiah.
Saya cuma nak turut memeriahkan group kita, sekali lagi, terima kasih Abdul Hayyi.
[1] Lihat sahih Muslim hadith 2203 bab tegahan keras daripada meratap dll kitab hadith
[2]Lihat Musnad Ahmad 2/539-Muassah Cordova-Kaherah. Ulasan Arnaout mengatakan sanadnya sebagai dhaif. Lihat juga fathul bari 4/247 –dar Makrifah -Beirut
[3]Lihat sahih Bukhary hadith 2004 bab puasa hari Asyura
[4] Ibid hadith 2007 bab puasa hari Asyura
[5]Untuk mengetahui tentang kalendar lunasolar, kalender Yahudi, perkiraan tahun dan tarikh, mungkin dengan melawati Wikipedia boleh memberikan anda maklumat am.
[6] Untuk mengetahui perayaan Yahudi secara amnya, boleh lihat di Wikipedia. Maklumat yang diberikan di sana lebih banyak dan terperinci.
[7]Lihat Majmu` fatawa 4/513-

Ucapan Syeikh Ahmad Yassin dan Abd Aziz Rantisi

Sedutan ucapan asy Syahid Ahmad Yassin:

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.
Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.

Ucapan asy Syahid Abd Aziz Rantisi sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin pula :

“Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!”.
Ayuhlah kita bangkit . Benar bahawa kepenatan dan keletihan kita hanya sedikit berbanding rakan - rakan HAMAS di Palestine . Maka tunggu apa lagi .....jika OIC dilihat tidak memiliki sebarang daya kekuatan zahir dan batinnya , saya kira Gerakan Islam Sedunia lah yang perlu menubuhkan skuad sukarela untuk membantu ummat Islam di Gaza sekaligus membebaskan al Quds

*Tulian di copypaste dari Ust Omar elbariti madani-elmadinahyahoogroups

Isnin, 5 Januari 2009

Kisah menarik for my future wife


Oleh `Izzat Anwari bin Hasni


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah."Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat. Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya."Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak."Tak. Maksud saya…""Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar."Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram... Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah."Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu."Sudi," jawab Nusaibah ringkas."Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri."Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu."Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu."Baiklah," jawab Fikri tersenyum.Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya."Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah."Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu."Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya."Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum."Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini."Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta."Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut."Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri."Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya."Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang."PERJUANGAN.., " jawab Fikri.SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI… TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!! PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANGKAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA…. KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA JUGA ADALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU… BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN… ALLAH ADALAH TUJU HIDUP MANUSIA... Copy n paste from http://rawdha-sakeena.blogspot.com/

SEMANGAT KHAIBAR

Assalamualaikum.



Ketika artikel ini ditulis, saudara kita di Palestin sedang rancak dilanyak oleh tentera Yahudi Israel.Pada ketika ini lebih dari 400 orang awam telah syahid dibunuh.




Mungkin ada diantara kita mula berasa gerun terhadap Yahudi Israel.Ada yang berkata inilah akibatnya jika kita melawan kuasa besar (Amerika dan sekutunya Israel), melawan puak yang memegang kuasa ekonomi dunia...Inilah akibatnya...



TIDAK wahai sahabat-sahabat sekalian.Kita lihat pada sejarah.Bagaimana Yahudi pada suatu ketika dahulu pernah juga menjadi kuasa besar, memegang kuasa ekonomi, Jumlah yang ramai, akan tetapi berjaya dikalahkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dan para sahabatnya di dalam peperangan Khaibar.



Jadi, marilah kita bersama mengambil "SEMANGAT KHAIBAR" ini untuk terus bersama perjuangan sahabat-sahabat kita di Palestin semampu yang mungkin dalam mempertahankan bumi yang diberkati sekitarnya, bumi umat Islam, bumi kiblat pertama kita, bumi Baitul Maqdis.Apa jua jenis bantuan boleh kita hulurkan..bantuan kewangan, senjata, makanan, penulisan, doa, dsb.



KHAIBAR

Tamhid

Kita sering mendengar saudara-saudara kita di Palestin atau sesiapa sahaja ketika berdemonstrasi terhadap kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh Puak Yahudi-yang dilaknat Allah- melaungkan slogan "Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaisya Muhammad saufa ya'ud".
Ini sebenarnya memberi gambaran kepada kita bahawa peperangan diantara Rasulullah bersama Para Sahabat di Khaibar mengalahkan tentera Yahudi merupakan satu kemenangan dan kebanggaan yang amat besar kepada umat Islam sehingga kini.
Selain kemenangan besar di dalam peperangan tersebut, terdapat banyak hukum hakam Feqah yang dapat diambil sepanjang tempoh peperangan juga contoh keberanian para sahabat dan kebijaksanaan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam mengatur strategi peperangan.
Semoga penulisan santai ini dapat memberi maklumat dan faedah kepada penulis dan pembaca di dalam lebih mengenali dan mencintai Rasulullah dan Para Sahabat dengan lebih dekat lagi InsyaAllah.

Sebab berlaku peperangan

Firman Allah Taala:

"وعدكم الله مغانم كثيرة تأخذونها فعجل لكم هذه وكف أيدى الناس عنكم ولتكون ءاية للمؤمنين ويهديكم صراطا مستقيما"
Yang bermaksud: " Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang dapat kamu ambil, maka disegerakan-Nya harta rampasan ini untukmu dan dia menahan tangan manusia dari (membinasakan) mu dan agar hal itu menjadi bukti bagi orang-orang Mukmin dan agar dia menunjuki kamu kepada jalan yang lurus."(Al-Fath:20)

Di dalam Tafsir Ibnu Kathir ketika membincangkan ayat ini menyatakan bahawa menurut pendapat Ibnu Abbas r.a ayat ini menerangkan mengenai janji Allah Taala kepada orang yang beriman akan harta ghanimah (rampasan perang) yang banyak daripada kemenangan Umat Islam di dalam peperangan (Khaibar).

Sebab berlakunya peperangan adalah disebabkan Khaibar merupakan pusat yang besar bagi orang Yahudi merancang segala kejahatannya kepada umat Islam pada ketika itu. Diantara kejahatan yang mereka lakukan ialah memberi bantuan ketika berlakunya peperangan Al-Ahzab, menghasut Yahudi Ghatafan melanggar perjanjian mereka dengan Rasulullah dan pelbagai lagi tipu daya dan rancangan jahat bagi menghalang dakwah Rasulullah dan menghancurkan umat Islam.Khaibar juga mempunyai kubu-kubu dan ladang-ladang yang banyak.

Peperangan ini merupakan satu peperangan yang unik dimana buat pertama kalinya umat Islam yang menyerang dan menawan musuh terlebih dahulu kerana peperangan-peperangan yang berlaku sebelum ini kalau kita perhatikan hanya umat Islam yang diserang dan bertahan.

Di antara sebab lain berlakunya peperangan adalah bagi membenarkan Firman Allah di dalam surah Al-Fath seperti yang tertera di atas.

Bertolak dari Madinah

Rasulullah dan Para Sahabat bertolak dari Madinah ke Khaibar pada tahun ketujuh hijrah di mana sebelum bertolak Rasulullah meminta hanya yang benar-benar ingin berjihad sahaja mengikuti Baginda lalu yang keluar bersama Rasulullah hanya berjumlah 1400 sahaja.

Pada ketika ini puak munafik di Madinah tidak berdiam diri.Ketua mereka Abdullah bin Ubai telah menyampaikan berita ini kepada Orang-orang Yahudi di Khaibar agar bersedia dengan kemaraan tentera Islam ke sana.Lalu Puak Yahudi Khaibar meminta bantuan dari Puak Yahudi Ghatafan agar memberi bantuan kepada mereka dan menjanjikan separuh dari hasil buah-buahan mereka sebagai balasannya.

Akan tetapi Rasulullah dan Para Sahabat telah sampai terlebih dahulu ke Khaibar kerana ketika Yahudi Ghatafan bertolak ke Khaibar untuk memberi bantuan, di pertengahan jalan mereka telah mendengar suara riuh rendah di belakang mereka lalu menyangka bahwa tentera Rasulullah telah menyerang kampung mereka dan menawan isteri-isteri dan harta mereka, lalu mereka pulang semula untuk memberi bantuan.Akan tetapi ianya hanyalah perasaan mereka sahaja.


Bertolak dari Madinah ke Khaibar...Konvoi tujuh buah kereta


Rasulullah telah sampai di Khaibar pada waktu malam dan tidak terus menyerang kerana merupakan prinsip Rasulullah tidak akan menyerang sesuatu kaum itu sehinggalah waktu pagi tiba (tidak menyerang dalam keadaan musuh sedang tidur.Selepas menunaikan solat Subuh Rasulullah dan tenteranya pun memulakan serangan.

Berperang

Khaibar terbahagi kepada dua kawasan yang terdiri dari kubu-kubu yang banyak dan lapan¹ daripadanya merupakan kubu yang besar dan kuat untuk mereka bertahan dari serangan musuh.

Ketika orang-orang Yahudi sedang baru hendak keluar menuju ke ladang mereka, Rasulullah dan tentera Islam pun memulakan serangan.Peperangan pun bermula.Satu demi satu kubu-kubu di Khaibar dapat di tawan dengan agak mudah kecuali dua kubu yang terakhir iaitu kubu Al-watih dan As-Sulalim yang mengambil masa lebih dari sepuluh hari.


Kubu Sulalim...betapa besar dan gahnya...akhirnya kecundang.


Peperangan ini merupakan satu kemenangan besar bagi umat Islam.Di samping Tentera Islam dikurniakan harta rampasan perang yang begitu banyak, Tentera Islam juga telah dapat menewaskan musuh utama mereka yang sering mengganggu dan menyakiti umat Islam selain musyrikin Quraisy.


Kemenangan Pelajar Madinah sampai ke Khaibar...gembira meraikan kemenangan Khaibar


Kemenangan ini juga merupakan satu penghinaan yang besar terhadap Yahudi dimana mereka diusir keluar dari kampung halaman mereka sendiri akibat dari kejahatan yang telah mereka lakukan.

Jumlah tentera Islam yang syahid adalah seramai enam belas orang.Manakala jumlah Yahudi yang mati seramai sembilan puluh tiga orang.

Faedah yang boleh diambil

1) Boleh menerima harta rampasan perang (Ghanimah) bagi yang tidak mengikuti peperangan setelah mendapat keizinan dari yang ikut berperang – Kisah kedatangan Jaafar bin Abi Talib dan yang bersamanya seramai lebih kurang 16 orang yang telah berhijrah ke Habsyah pada awal dakwah Islam.Mereka telah datang ke Khaibar dan turut menerima ghanimah walaupun tidak turut berperang.


Menyelusuri kota Khaibar


2) Menyambut tetamu atau kawan dengan mencium diantara kedua matanya. – Ketika tibanya Jaafar bin Abi Talib, Rasulullah mencium diantara kedua matanya seraya bersabda : ”Aku tidak tahu yang mana satu lebih aku gembirakan, pembukaan kota Khaibar atau kedatangan Jaafar".²

3) Sesiapa yang membunuh orang Islam ketika belum menganut Islam, kemudian masuk Islam, tidak akan dikenakan kepadanya hukum qisas (bunuh balas). – Kisah wanita Yahudi yang menjamu Rasulullah dan para sahabat, kambing yang telah diracun dengan tujuan untuk mengetahui akan kebenaran bukti bahawa nabi Muhammad adalah seorang Rasul yang diutus Allah.Seorang sahabat (Bishr bin Barra') telah menelan secubit daging sebelum sempat Rasulullah memberitahu bahawa daging tersebut telah diracun.Sahabat tersebut telah mati disebabkan racun tersebut, akan tetapi wanita yahudi tersebut tidak dihukum qisas kerana telah masuk Islam dan perbuatannya itu sebelum masuk Islam.


Penempatan awal tahun 1300 masihi di Khaibar.


4) Larangan memakan keldai belaan (Himar ahliyyah).

5) Boleh menjadikan mahar kahwin dengan gantian nilai merdeka bagi seorang hamba. – Rasulullah mengahwini Sufiah binti Huyay dengan memerdekakannya sebagai mahar perkahwinan.

6) Bukti kepada kita bahawa Kaum Yahudi boleh dikalahkan.Sebagaimana ramai yang melihat dan berpandangan pada masa kini bahawa nasib umat Islam di Palestin susah untuk dibela kerana hebatnya orang yahudi-mereka menguasai ekonomi dunia dan mempunyai persenjataan yang kuat.Akan tetapi hakikatnya mereka boleh dikalahkan kerana sejarah telah membuktikan.Bukan kerana mereka (yahudi) itu kuat, tetapi kerana Umat Islam yang telah lemah.

Kita memohon kepada Allah Taala semoga saudara kita di Palestin diselamatkan dan diberi kemenangan dan Yahudi akan dikalahkan sebagaimana kalahnya mereka didalam peperangan Khaibar.Bersama kita doakan kesejahteraan saudara kita di Palestin dan di mana-mana.


¹ Lapan Kubu yang kuat: Kubu Naim, Kubu As-So'ab bin Muaz, Kubu Az-Zubair, Kubu Ubai, Kubu An-Nazzar, Kubu Al-Qamus, Kubu Al-Watih, dan Kubu As-Sulalim.

² Kebiasaannya kita di malaysia mencium tangan sebagai tanda penghormatan dan sayang, akan tetapi sebenarnya mencium diantara kedua matanya adalah lebih akrab dan tanda kasih yang lebih seperti yang dibuat oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam.

Jumaat, 2 Januari 2009

Haji 1429


Alhamdulillah, syukur pada Allah taala, dengan rahmat dan kasih sayangnya juga taufiq darinya selesai sudah ibadah haji pada tahun ini 1429H.Semoga ini bukanlah haji yang terakhir dengan harapan akan menjejakkan lagi kaki ke kota Mekah untuk menunaikan fardhu haji di masa akan datang.

Pernah suatu ketika dahulu, ketika masih menuntut di sekolah menengah, dalam kelas, seorang ustaz (pengetua sekolah) sedang mengajar kami subjek syariah islamiah dalam bab haji dimana dia menanamkan kepada kami azam untuk menunaikan ibadat haji dan menyuruh kami supaya mula menabung dari sekarang walaupun bermula dari lima puluh sen setiap hari.Saya pada ketika itu amat bersemangat dan membuat kira kira sekiranya saya menabung dari sekarang, bilakah saya akan dapat menunaikan ibadah haji.Jawapan yang saya dapat pada ketika itu ialah saya mungkin akan ke Mekah dalam lingkungan umur 50 tahun.Bermula dari hari itu saya mula menabung.

Dengan Izin Allah taala, saya telahpun menunaikan haji pertama (hujjatul islam) ketika berumur 21 tahun.Begitu terasa betapa kasih sayang Allah terhadap hambanya lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya-(mafhum hadith).




Sedang memberi pengisian di Muzdalifah.Kelihatan Tuan Bad begitu insaf.

Kesimpulan yang boleh saya ambil dari pengalaman ini ialah sekiranya kita telah berazam...maka bertawakallah pada Allah.Allah akan memudahkan segala urusan kebaikan kita sekiranya kita benar-benar ikhlas.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita semua haji yang mabrur.

Apa yang saya ingin kongsikan pada penulisan kali ini ialah, beberapa fawaid yang saya dapat pada haji kali ini.


Saat hendak bertolak...8 Zulhijjah


1 ) Pertamanya ialah jika kita buka bab haji, kita akan dapati pelbagai perbezaan pendapat ulamak dan mazhab dalam membicarakan mengenai haji.Mungkin timbul persoalan dalam diri kita, mengapa ada waktu afdhal, waktu sunat, waktu yang dikira, dan waktu yang tidak dikira (tidak sah).Juga perbuatan yang afdhal, perbuatan yang sunat, perbuatan yang dikira (yujzi'), dan perbuatan yang tak sah di dalam ibadat haji ini.
Adakah kerana Rasulullah telah membahagikan kepada kita ketika hayat baginda; kalau buat yang ini afdhal, kalau buat yang ini dikira sah sahaja dsb.Sudah pastilah semuanya akan membuat yang afdhal dan meninggalkan yang selainnya kerana kita hendak mempersembahkan ibadah manasik yang terbaik pada Allah taala.

Sekiranya semuanya membuat yang afdhal, sudah pastilah apa yang sampai pada kita hari ini kesemuanya manasik yang afdhal dan ulama' tidaklah akan membincangkan mengenai kategori yang selainnya.

Tetapi apa yang kita dapati hari ini, pelbagai pendapat dari ulama' yang membincangkan mengenai permasalahan haji ini.

Kesimpulan yang boleh saya buat:

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Ambillah dariku manasik (ibadah haji) kamu".Rasulullah tidak mengatakan berhajilah kamu sebagaimana kamu melihat aku membuat haji- Seperti sabda Rasulullah mengenai solat yang bermaksud :"Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat".

Di sini menunjukkan kepada kita betapa rahmatnya agama Islam ini.Di dalam haji kita sedia maklum begitu banyak kesusahan dan kepayahan yang harus kita tempuhi.Sekiranya Rasulullah menyuruh kita mengikut sepertimana haji yang Rasulullah lakukan, sudah pastilah ibadah haji ini amat sukar untuk diselesaikan dan ramai yang tidak dapat menunaikannya dengan sempurna kerana ibadah haji ini terikat dengan masa dan tempat.Kerana itu ramai para Sahabat R.A yang berjumpa dengan Rasulullah bertanyakan mengenai permasalahan ibadah haji yang mereka lakukan adakah dikira kerana ada yang tidak mengikut sebagaimana yang rasulullah lakukan, dan Rasulullah mengatakan kepada mereka (Para Sahabat) yang bermaksud: "lakukanlah...tiada masalah".
Maka dari sinilah timbul perbincangan ulama adakah ibadah tersebut dikira, sunnah, afdhal dsb.

Tempat kami di Arafah

2 ) Mengenai permasalahan sunnah dan tidak sunnah.Ada dikalangan jemaah haji yang bersungguh menunaikan ibadah haji sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah dari segi ketepatan masanya, tempat dsb.Perbuatan seperti ini adalah amat dialu-alukan.Akan tetapi yang menjadi permasalahannya ialah apabila mereka mendakwa jemaah haji yang tidak melaksanakan ibadah haji sepertimana haji yang mereka telah lakukan sebagai haji yang tidak sunnah.
Disini kita perlu menilai semula secara mendalam.Kita sedia maklum bahawa ulama' sepakat menta'rifkan sunnah sebagai : segala yang disandarkan kepada Nabi Sallallahu alaihi wasallam dari perkataannya, perbuatannya, dan persetujuannya(Taqrir).
Jadi haruslah kita berlapang dada dengan perlaksanaan ibadah haji yang tidak begitu mengikut bulat-bulat sebagaimana manasik yang Rasulullah lakukan selagi mana perlakuan manasik haji mereka masih berlandaskan dari nas syarak.Walaupun manasik haji mereka tidak mengikut perbuatan (Fi'lin) Rasulullah, tetapi mengikut apa yang dipersetujui (Taqrir) oleh Rasulullah, ianya masih lagi dalam kategori sunnah-(sila rujuk takrif sunnah seperti diatas).


Jutaan manusia...Muzdalifah

3) Ketika hari-hari tasyrik tiba (11, 12, 13) Zulhijjah, tibalah masanya untuk kami bermabit di Mina dan melontar.Pada Terniat di hati saya untuk mengumpulkan kesemua lontaran untuk dilakukan ketika hari terakhir mabit(dibenarkan dalam syarak).
Akan tetapi alhamdulillah, akhirnya saya pergi melontar pada setiap hari tanpa mengumpulkannya.Bayangkan, sekiranya saya mengumpulkan lontaran, saya perlu mengumpulkan 42 biji batu (nafar awal dan tidak termasuk jamrah aqabah) untuk melontar dan saya perlu melawan arus manusia kerana perlu mengulang dari jamrah yang pertama semula.
Faedah yang boleh saya dapat dari peristiwa ini ialah sekiranya kita suka bertangguh kerja kita, ianya bukan sahaja menghasilkan hasil yang tidak bermutu, malah menyusahkan kita berbanding kita lakukan kerja kita pada masa yang sepatutnya.


Bersama Team Madinah, Abg Syukran, Kak An, Amirah, Asyraf, dan Team Ummul Qura.

Inilah sedikit faedah yang saya dapat pada haji kali ini.Haji kal ini juga merupakan haji yang paling mudah berbanding haji-haji yang sebelumnya – mudah dapat tempat, kereta, tidak perlu jauh berjalan, dan kurang sesak.Alhamdulillah.
Semoga ini bukanlah haji yang terakhir untuk saya, dan semoga di masa akan datang saya dapat lagi ke tanah haram untuk menunaikan haji bersama ibu dan ayah saya.

Wallahua3lam.

Beberapa Snapshot menarik dlm haji kali ini:





Mana yang lebih berkilat...air botol atau kepala



Signboard tempat melontar


Had Mina


The adventure in Hajj


Kumpul batu untuk melontar





Banyak lagi gambar menarik yang nak dikongsi, tapi internet disini lembab.InsyaAllah bertemu lagi di penulisan yang akan datang.

Template by:
Free Blog Templates