Ahad, 23 Ogos 2009

Ahlan Ya Ramadhan



Ramadhan tiba lagi.

Alhamdulillah kita masih berpeluang bersama Ramadhan lagi tahun ni.

Bersama kita berdoa agar tidak tergolong dari mahrumiin pada kelebihan dan pahala yang ada di bulan yang mulia ini.Ramadhan Kareem.


Nak kongsi handout yang di beri kepada pelajar SMIP sempena majlis "Di ambang Ramadhan" pada hari Jumaat lepas yang bertajuk "Hukum-hakam yang berkaitan dengan Ramadhan".


Hukum-hukum berkaitan dengan puasa Ramadhan


Pendahuluan:


  • Puasa Ramadhan merupakan salah satu dari rukun Islam yang wajib kita imani dan laksanakan.
  • Difardukan pada tahun kedua hijrah
  • Rasulullah sempat berpuasa Ramadhan selama 9 tahun.


Bila mula berpuasa?


  • Bila kelihatan anak bulan (Hilal)
  • Sekiranya tidak nampak, cukupkan bulan Syaaban sebanyak 30 hari.

Pembahagian manusia dalam hukum berpuasa:


  1. Muslim yang baligh, berakal, bermukim, mampu (selamat dari tegahan berpuasa) : Wajib berpuasa.
  2. Budak kecil : Tidak wajib.
  3. Orang gila : Tidak wajib.
  4. Orang tua yang nyanyuk : Tidak wajib, wajib ketika hilang nyanyuk.
  5. Orang lemah, sakit yang tidak akan sembuh: Tidak wajib, kena bayar fidyah.
  6. Musafir : Tidak wajib, kena ganti puasa.
  7. Sakit yang boleh sembuh :

– Tidak sukar & tidak mudharat : Wajib berpuasa

- Sukar & tidak mudharat : Makruh berpuasa

- Mudharat : Tidak wajib berpuasa

  1. Haidh, Nifas : Tidak wajib, kena ganti puasa.
  2. Perempuan yang menyusu anaknya, hamil yang takut terjejas kesihatannya atau kesihatan anaknya : Tidak wajib, kena ganti puasa.
  3. Orang yang perlu berbuka untuk ada kekuatan menyelamat nyawa orang yang perlu dijaga nyawanya (ketika berjihad dll) : Tidak wajib, kena ganti puasa.

Perkara yang membatalkan puasa:


  1. Jimak : Kaffarah : Merdeka hamba, atau puasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan 60 orang miskin.
  2. Mengeluarkan mani dengan sengaja : Ganti puasa.
  3. Makan, minum, muntah dengan sengaja : Ganti puasa
  4. Keluar darah haidh atau nifas : Ganti puasa


Penutup:


Semoga kita semua mendapat manfaat dengan pembacaan diatas lalu terus mengamalkannya dan menjaga segala hukum-hakam yang berkaitan dengan puasa agar puasa kita sempurna dan diterima Allah Taala.


Template by:
Free Blog Templates