Jumaat, 8 April 2011

Adab bagi wanita yang ingin keluar rumah




Adab bagi wanita Muslimah ketika keluar dari rumah.

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang Beriman: Hendaklah mereka menutupkan jilbab (pakaian) nya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali (dapat dibezakan samada hamba atau merdeka), supaya sehingga mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang” al-Ahzab:59.

Sebab penurunan ayat:

Direkodkan oleh Imam Bukhari, dari Aisyah :
Saudah telah keluar dari rumahnya kerana keperluan hajat, dan menutupi tubuhnya dengan hijab.Kemudian Saidina Umar mengenalinya melalui tubuhnya yang besar (walaupun Saudah keluar dalam keadaan berhijab)terlihatnya lalu menegur perbuatannya itu adalah salah kerana tempat yang terbaik bagi wanita adalah duduk di rumah.Lalu Saudah mengadu kepada Nabi tentang perkara ini.Nabi memberitahu Saudah tidak mengapa keluar dari rumah jika mempunyai keperluan hajat.

Dan direkodkan oleh Ibn Saad dari Abi Malik:

Sesungguhnya isteri-isteri Nabi pernah keluar pada waktu malam untuk keperluan hajat.Melihat keadaan ini, orang Munafiq mengambil peluang mempertikaikan perbuatan keluar di waktu malam dengan menyakiti dan mengeji mereka.
Isteri-isteri Nabi kemudiannya mengadu kepada Nabi, Lalu di beri amaran kepada orang Munafiq agar meninggalkan perbuatan jahat mereka ini.Maka orang Munafiq mempertahankan diri mereka dengan menyatakan bahawa mereka menganggu kerana menyangka wanita-wanita ini adalah hamba.Di sarankan keluar rumah dalam keadaan berhijab bagi mebezakan mereka dari pakaian hamba dan orang biasa.Lalu diturunkan ayat ini.


Keterangan ayat:

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang tatacara bagaimana adab-adab bagi seorang wanita jika ingin keluar dari rumah mereka dengan menjaga aurat mereka.

Tempat yang terbaik bagi wanita adalah dirumah.Akan tetapi sekiranya mereka perlu keluar dari rumah untuk keperluan hajat seperti membeli barang, ziarah, bekerja, belajar dan sebagainya, adalah dibenarkan.

Mereka hendaklah keluar dalam keadaan tubuh badan mereka tertutup rapi sehinggakan disaran supaya ditutup wajahnya(jika mampu) agar terhindar dari gangguan dan fitnah.Inilah keindahan Islam yang sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan wanita-wanita Islam.

Amat menyedihkan di zaman yang serba moden kini, para wanita menafikan keperluan menutup anggota tubuh badannya dengan beralasan tidak mahu hipokrit, tidak selesa, panas, ketinggalan zaman dan sebagainya.

Pengajaran ayat :
1. Tempat yang terbaik bagi wanita adalah di rumah mereka.

2. Dibenarkan untuk keluar rumah jika mempunyai keperluan hajat.

3. Dibenarkan untuk keluar rumah setelah mereka menutup anggota tubuh badan mereka.

4. Tubuh yang ditutup mestilah dengan pakaian yang longgar.

5. Hijab mereka mestilah menutup seluruh kepala sehinggalah ke bawah buah dada mereka.

6. Tidak bertabarruj (berhias-hias yang melampau).

7. Anggota yang boleh terlihat hanyalah muka dan dua tapak tangan.

8. Tidak menarik perhatian lelaki yang ajnabi dengan wangi-wangian, bunyi gelang kaki, lengang lenggok, memanjakan suara dan sebagainya.

9. Sentiasa menjaga pandangan dan kehormatan diri.

10. Meminta keizinan suami untuk keluar dari rumah bagi yang sudah berkahwin.

Template by:
Free Blog Templates