Selasa, 31 Mac 2009

Di mana akhlak kita?



Firman Allah Taala:

وإنك لعلى خلق عظيم

Yang bermaksud: " Dan sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad) benar-benar mempunyai akhlak yang agung " ( Al-Qalam: 04)

Ketika Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin membuat Roadshow Aman Palestin di Arab Saudi, Penulis sempat bersama-sama Dr. mengerjakan ibadah umrah.
Bermusafir bersama-sama Dr. merupakan fursah saidah yang membuatkan kita sentiasa insaf dan berfikir tentang isu-isu kemanusiaan dan alam sejagat.

Di sini Penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman dan falsafah yang boleh diambil ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.
Ketika Penulis bertawaf, terdetik di minda bagaimana sikap buruk umat Islam yang berbagai-bagai ragam.Diantaranya membuang sampah ketika bertawaf.Bayangkan bagaimana buruknya perlakuan yang dilakukan berhampiran dengan kaabah.Ada yang duduk dan solat di tengah-tengah laluan kesibukan orang ramai berpusu-pusu sedang bertawaf sehingga menyebabkan kesesakan.Ada juga yang berjalan melawan arus.Ketika sibuk beristilam dgn Hajarul Aswad Penulis juga terlanggar kerusi roda yang sengaja di parkir di tengah laluan…

Lalu terdetiklah di minda, sekiranya orang eropah yang kebanyakannya bukan beragama Islam sedang bertawaf mungkin tidak akan berlaku fenomena seperti di atas.Pasti mereka akan beratur, saling hormat menghormati, menjaga kebersihan, tidak melakukan tindakan yang menyusahkan orang lain…

Astaghfirullah al azim…kenapalah di minda ini memikirkan sesuatu yang memberikan kredit kepada kuffar.

Apa yang pastinya orang kafir tidak akan bertawaf di kaabah dan sekiranya mereka bertawaf, sudah pasti mereka akan mengubah kaifiat bertawaf kepada cara mudah yang mereka sukai.Mungkin juga anda akan lihat pasangan couple berpeleseran di celah-celah tiang masjidilharam, berciuman dan berzina.Tiada apa kebaikan yang kita harapkan dari mereka.

Apa yang diharapkan ialah umat Islam mengubah sikap.Kembali kepada ajaran Islam.Akhlak Islam yang diajar oleh Nabi kita Sallallahu alaihi wasallam.

Road Show Aman Palestin di Madinah






Pada 18 Mac lalu, Perunding Aman Palestin (Prof Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin) telah mengadakan ceramah isu terkini Palestin yang bertemakan “Peduli Palestin” di rumah PPM.

Beberapa point penting yang boleh dikongsikan di sini:

1)Punca sebenar Gaza diserang.

Isu utama masih berkisar mengenai Baitulmaqdis dan mengapa sasarannya adalah Gaza kerana ianya dihuni penduduk yang mempunyai pengaruh kuat Hamas dan Tentera AlQassam yang mana mereka ini digeruni oleh Yahudi.

Gaza juga merupakan penempatan yang strategik (berpasir) membolehkan terowong bawah tanah dikorek.Terowong ini menghubungkan Gaza dan sempadan Mesir-.Dikatakan terdapat lebih 700 terowong yang dikorek

membolehkan makanan dan senjata dibawa masuk.

2) Wajah sebenar Hamas

Didalam serangan ini juga, nama Hamas yang sering diburuk-burukkan berjaya dibersihkan dimana mereka ini berperanan melawan semula Yahudi dan membela nasib penduduk Gaza, manakala Fatah hanya mendiamkan diri disamping menyokong tindakan Yahudi.

3) Tentera siapakah yang menang

Tentera Al-Qassam melancarkan Perang Al-Furqan-pembeda yang membezakan kebenaran dan kebatilan.

Tentera Yahudi yang mati jumlahnya lebih ramai dari tentera Al-Qassam yang syahid.Kebanyakkan yang terbunuh adalah penduduk awam.

4) Tujuan Roadshow dibuat untuk pelajar agama

Sebagai maklumat kepada pelajar agama betapa pentingnya isu Palestin ini-Isu Umat Islam.

Harapan agar mereka dapat menyebarkannya didalam khutbah-khutbah dan ceramah-ceramah ketika mereka terjun ke dunia dakwah bersama masyarakat.


Sumbangan bolehlah dihulurkan di alamat berikut:



Aman Palestin Bhd
Maybank 562263010787
BIMB 12029010047880






Bersama Dr Zainur Rashid di stesen keretapi Hijaz

Ahad, 15 Mac 2009

Winter Trip 1 : Jordan




Segalanya bermula di Mat3am Syami

Pada tarikh bila dah tak ingat, sedang kami (Bro Husaini, pokmad, fikri) makan sandwich syami, timbul topik perbualan "cuti ni kita nak ke mana?" datang pula cadangan..."kita ke Jordan nak?"
Kebetulan pula Bro Husaini dijemput untuk buat pembentangan kertas kerja di Jordan.

Nak dijadikan cerita, dah semuanya memang kaki berjalan, projek terus 'on'.Semua dah capai kata sepakat untuk ke Jordan selaku wakil delegasi dari PPM untuk menyertai Persidangan Tahunan Mahasiswa SeJordan kali ketiga (PERTAMA).

Di saat-saat akhir bertambah ahli rombongan iaitu Bro Azhar, YDP kita.

Pada masa ni, kami masih lagi dalam mode peperiksaan.Tak sabar rasanya nak habis exam.Habis je exam selang dua hari, kami terus bertolak ke Jordan.

11 Feb 2009

10.40 pm: Bas mula bertolak

02.45 am: Berehat di RnR

05.30 am: Berhenti lagi untuk solat Subuh

08.31 am: Sampai di Imigresen Jordan (Sempadan)
Kami sangkut di jawazat selama lebih kurang 4 jam disebabkan pegawai yang perlu menandatangani paspot kami masih belum masuk kerja.Akhirnya dengan bantuan pakcik-pakcik Syria yang satu bas dengan kami, urusan dipermudahkan.Pegawai Jawazat tadi dihubungi melalui telefon oleh pekerja jawazat untuk memberi izin kami masuk.Simple je kerja, tapi dah namanya Arab, faham2 je lah...malas nak komen banyak.

12.00 pm: Bas meneruskan perjalanan ke Jordan.

02.00 pm; Kami sampai di Amman.

Dari sana kami ambil teksi mpv ke mujamma3 syamaliah (MS).Driver teksi ni sebenarnya ambil penumpang lebih.Had penumpang 4 orang je.Kami berlima.Kenalah tahan dengan polis dan kena saman sejumlah 30 dinar.Sampai je di MS driver tadi pun minta kami bayar lebih sebab kena saman.Kami pun buat muka kering je terus berlalu buat-buat tak faham.Ada juga antara kami buat2 tak faham bahasa arab.Penulis bayar tambang sejumlah 3 dinar seperti yang disepakati pada awal2 tadi dan terus pergi tinggalkan driver tu.-Tips untuk bemu3amalah dgn arab.

02.30 pm: Tiba di Mujamma3 syamaliah.

Kami makan dan solat di sana.Pada waktu ni cukup keliru nak bayar duit makanan sebab baru nak berjinak-jinak dengan dinar.Lupa nak bagitau, sepanjang musafir di Jordan ni, Penulis dilantik sebagai Bendahari rehlah.Pokmad jadi Amir rehlah kami di Jordan.

03.30 pm:Bertolak ke Irbid dengan menaiki bas.Tambang bas 1.55 dinar seorang.

04.30 pm: Sampai di stesen bas Irbid.Dari sana kami diambil oleh Saiful (muka dia macam Faisal tehrani), Syarafi, dan kawan-kawannya.-Sori tak berapa ingat nama semuanya, tapi jasamu di kenang.

Kami ditempatkan di rumah Afif dan Syakir.Kami berehat, mandi, seterika baju, dan buat apa2 yg patut.

Kami tiba di dewan Al-Kindi Universiti Yarmuk Jordan dengan penampilan yang istimewa...Kami semua berjubah putih.Jadi Istimewa sebab dalam majlis tu tiada yang berjubah kecuali pelajar akhawat.Pelajar lelaki kebanyakannya memakai vest dan baju batik -etika pakaian yang ditetapkan dalam majlis ketika itu.Kami tak tahu sebab tak dimaklumkan.

Pada malamnya, Majlis perasmian PERTAMA dijalankan.Ianya dirasmikan oleh TYT Dato' Abdul malek bin Abdul Aziz, Duta Besar Malaysia ke Amman Jordan.




Banner PERTAMA



Kami...khusyuk



TYT Duta Dato' Abdul Malek merasmikan PERTAMA





Keesokannya...


13 Feb 2009

09.45 am: Kami tiba di dewan lewat.Maklumlah letih semalam tak hilang lagi.Kami makan sarapan nasi lemak dan kuih.Terima kasih diucapkan pada tukang masak sarapan kami.

11.15 am: Bro Husaini selaku wakil dari Arab Saudi membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Peranan Media dan Ilmu Hadith didalam dakwah.Entah betul ke tak tajuk ni...lebih kuranglah.Dalam Buletin PERTAMA, tertulis Mahasiswa dan isu semasa.
Pembentangan yang sememangnya mantap dan best.Kertas kerjanya pun tebal.Isi pembentangan kita bincang lain dalam tajuk blog yang akan datang InsyaAllah.



Husaini Membentangkan kertas kerjanya yang mantap dan best.


12.30 pm: Kami solat Jumaat.Selesai solat, ada jemputan dari ikhwah-ikhwah Jordan untuk makan tengah hari.Menu: nasi briani dan kuah kari.Ada juga nasi briani di negara arab ni.Pelik juga kan? beli kat kedai makan Yaman pula tu.Apa2 pn Jazakumullah khair, nasinya memang sedap.Sempat juga berta3aruf dengan ikhwah2 yang ada masa tu.



(Berdiri)Pokmad, Syamil, Fikri, Penulis, Marwan
(Duduk) Aiman, Munir, Firdaus.


02.30 pm: Dalam masa yang sama, sedang kami ziarah rumah ikhwah ni, Program PERTAMA rupanya-rupanya tergendala.Program tidak dibenarkan diteruskan di dewan kerana ada mata-mata yang mereport kononnya ada berlaku unsur-unsur pengganas (mungkin).Lalu program ditangguhkan pada waktu malamnya.

09.00 pm: Program diteruskan juga di Solah Petra (dewan orang kahwin).Pembentangan wakil dari Yaman dan sesi soal jawab.Majlis tamat lebih kurang jam 11.15 pm.

11.45 pm: Kami merancang perjalanan seterusnya di Jordan dengan Munir a.k.a Dr Romeo.Banyak tempat yang dicadangkan untuk pergi dan tips2 untuk minta harga murah dan cara berkomunikasi menggunakan bahasa 'isyarat'.

Pada waktu ni juga serangan sakit gigi makin menjadi-jadi.Geraham bongsu dah berlubang.Yang sadisnya, sakit gigi ni menyebabkan kawan2 lain turut merasa sakit.Kami rapatla katakan.Nak berlakon macam tak sakit pun tak boleh, sebab sakit gigi ni boleh buat sakit satu badan.Rasanya malam tu dapat tidur dalam dua jam je kut sebab asyik terjaga.Sakit sangat....

Bersambung...

Template by:
Free Blog Templates