Firman Allah Taala:
Bermusafir bersama-sama Dr. merupakan fursah saidah yang membuatkan kita sentiasa insaf dan berfikir tentang isu-isu kemanusiaan dan alam sejagat.
Di sini Penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman dan falsafah yang boleh diambil ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.
Ketika Penulis bertawaf, terdetik di minda bagaimana sikap buruk umat Islam yang berbagai-bagai ragam.Diantaranya membuang sampah ketika bertawaf.Bayangkan bagaimana buruknya perlakuan yang dilakukan berhampiran dengan kaabah.Ada yang duduk dan solat di tengah-tengah laluan kesibukan orang ramai berpusu-pusu sedang bertawaf sehingga menyebabkan kesesakan.Ada juga yang berjalan melawan arus.Ketika sibuk beristilam dgn Hajarul Aswad Penulis juga terlanggar kerusi roda yang sengaja di parkir di tengah laluan…
Lalu terdetiklah di minda, sekiranya orang eropah yang kebanyakannya bukan beragama Islam sedang bertawaf mungkin tidak akan berlaku fenomena seperti di atas.Pasti mereka akan beratur, saling hormat menghormati, menjaga kebersihan, tidak melakukan tindakan yang menyusahkan orang lain…
Astaghfirullah al azim…kenapalah di minda ini memikirkan sesuatu yang memberikan kredit kepada kuffar.
Apa yang pastinya orang kafir tidak akan bertawaf di kaabah dan sekiranya mereka bertawaf, sudah pasti mereka akan mengubah kaifiat bertawaf kepada cara mudah yang mereka sukai.Mungkin juga anda akan lihat pasangan couple berpeleseran di celah-celah tiang masjidilharam, berciuman dan berzina.Tiada apa kebaikan yang kita harapkan dari mereka.
Apa yang diharapkan ialah umat Islam mengubah sikap.Kembali kepada ajaran Islam.Akhlak Islam yang diajar oleh Nabi kita Sallallahu alaihi wasallam.
0 ulasan:
Catat Ulasan