Jumaat, 11 September 2009

Lailatul Qadr


Ramadhan begitu pantas berlalu.Tibalah musim 10 yang terakhir yang didalamnya dijanjikan Lailatul Qadr.


Kita lihat apa yang Rasulullah buat ketika tiba waktu seperti ini:
“ Jika tiba 10 yang terakhir, Baginda mengetatkan kainnya (Bagi meninggalkan Jima’) dan menghidupkan malamnya (dengan ibadat) dan mengejutkan ahli keluarganya “ (bagi turut sama beribadat). –Bukhari.

Dalam hadis yang lain
“ Baginda bersungguh-sungguh (hidupkan malam) pada 10 terakhir tidak seperti malam-malam yang selainnya” .- Muslim.


Maka boleh kita lihat begitu indahnya dan meriahnya suasana pada ketika ini.Baginda menyibukkan dirinya dengan beribadah tanpa lupa mengingatkan juga ahli keluarga sekitarnya.


Bersamalah kita tadabbur ayat didalam surah Al-Qadr bagi melonjakkan semangat kita untuk lebih pulun menghidupkan malam-malam seperti ini.
- Malam yang dijanjikan terlebih baik dari seribu bulan
- Malaikat jibril (Ruh) dan malaikat yang lainnya turun ketika itu.Turunnya malaikat menandakan kepada kita begitu besar rahmat dan keberkatan yang ada ketika itu.
- Dijanjikan kesejahteraan pada malam itu sehingga fajar tiba.


Lailatul Qadr juga tidak dinyatakan secara jelas bilakah ianya berlaku.Yang pasti ia berlaku dalam tempoh 10 yang terakhir dan ketika malam-malam yang ganjil seperti 5, 7, 9.(mafhum hadis -Bukhari).


Hikmah tidak dinyatakan bila berlaku supaya
- Bersungguh-sungguh mencarinya dan memenuhi ibadat sepanjang 10 yang terakhir (mafhum hadis-Bukhari).
- Tidak merasakan telah mendapat lailatul Qadr, lalu meninggalkan kesungguhan ibadat di malam-malam berikutnya.


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya, Ia menjadi pengecas juga bekalan untuk kita menghadapi 11 bulan yang mendatang.Matlamat Taqwa juga dicapai.Wallahu a3lam.

Template by:
Free Blog Templates