Selasa, 21 April 2009

ظاهرة التدين الجديد وأثره في تمرير ثقافة التغريب





Assalamualaikum,

Firman Allah Taala:
فليحذر الذين يخالفون عن أمره أن تصيبهم فتنة أو يصيبهم عذاب أليم

Yang bermaksud: " Maka beringatlah orang-orang yang menyalahi perintah RasulNya akan timpaan ujian fitnah atau ditimpa azab yang pedih" (An-Nur : 63)

InsyaAllah pada penulisan kali ini Penulis ingin berkongsi dengan sahabat semua mengenai sebuah buku yang bertajuk “ Kemunculan Golongan yang memodenkan/memperbaharui agama dan kesannya pada kemasukan kefahaman yang membaratkan (masyarakat Islam)”

Di dalam pembuka bicara kitab ini, Penulis kitab Anwar Qasim Al-khudhari (AQK) mengajak kita semua berlaku adil dalam menilai Barat dengan menjadi orang yang pertengahan.Mana yang positif dari Barat kita jadikan teladan dan yang negatif kita jadikan sempadan.Seterusnya AQK menyeru kita supaya dapat membezakan diantara Tajdid Ad-dini (Golongan Tajdid-mujaddid) dan Tadayyun Al-jadid (Golongan memodenkan agama).

Siapakah Golongan yang Memodenkan Agama (GMA) ?

Sebelum kita mengenal siapakah GMA, adalah lebih baik kita perbetulkan niat, berlapang dada, dan berfikiran positif kerana mungkin secara tidak langsung dan tidak sengaja kita termasuk di dalam ajen golongan GMA ini.

• Pendakwah Agama yang telah mendapat nama di mata masyarakat

Mereka muncul dengan imej moden dengan harapan mudah didekati oleh masyarakat.Ini bukan isunya.

Isunya ialah apabila telah dapat diterima masyarakat, gaya hidup mereka juga adalah amat longgar.Mereka boleh hadir di majlis-majlis maksiat, menganjurkan program yang bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Bagi pendakwah wanita pula, mereka tampil dengan imej muka yang penuh dengan solekan, pakaian berfesyen yang menaikkan syahwat lelaki.¹

Setelah mereka menjadi figur masyarakat, gaya mereka ini akan diikut oleh masyarakat.Apabila masyarakat ditegur, mereka berhujah bahawa ustaz fulan dan ustazah fulanah boleh buat.Mestilah syarak membenarkan.Jika tidak, masakan ustaz dan ustazah tadi tidak tahu tentang hukum hakam.

• Pendakwah yang tidak mempunyai ilmu agama

Mereka ini tampil dengan niat baik ingin memperbaiki ummah.Mereka ini mempunyai daya tarikan di mata masyarakat dengan mempunyai kemahiran teknologi dunia terkini.

Mereka mudah memberi fatwa kepada masyarakat, dan fatwa yang diberi berdasarkan logik akal memenuhi selera kehendak masyarakat.

Seterusnya AQK mendatangkan kepada kita beberapa contoh individu yang mempunyai ciri-ciri di atas, sebab munculnya GMA, dan perkembangan pesat mereka di Eropah.

Semoga kita tidak tergolong daripada golongan diatas yang secara tidak langsung membantu kepada berkembangnya penerimaan masyarakat terhadap pengaruh negatif dari Barat.Kita berdoa semoga Allah menetapkan hati kita didalam jalan dakwah ini dan terselamat dari tipu daya bisikan Iblis.

Wallahua3lam.

¹ Sila rujuk Surah Al-Ahzab : 33


0 ulasan:

Template by:
Free Blog Templates