Rabu, 29 April 2009

Senyuman Kelat





Oleh Abdul Syahiid Shafruddin @ http://taqeyyabella.naemy.net


Tersentak juga penulis membaca beberapa tulisan di salah sebuah forum.


Kusut.


Susah sangatkah kita memahami Islam!?


Islam yang penulis kenal menyeru kepada kesatuan, melahirkan budi pekerti mulia, meninggikan budaya ilmu, menjauhi fitnah dan buruk sangka, memartabatkan akal, memurnikan aqidah, mensyariatkan ibadah, mengikhlaskan niat, dan seribu satu hal lain yang semuanya baik-baik belaka.


Islam yang penulis kenal membuatkan sesama islam semakian erat persaudaraannya walau warna kulit berbeza, walau bangsa tak serupa, walau profesi berbeza-beza, walau ladang dakwah tidak sama, walau ideologi berbeza, walau manhaj dakwah berlainan bentuk dan warna. Kerana apa pun jua tauhid sebagai naungan, Allah sebagai tuhan, Syurga sebagai tujuan.


Semua perkara boleh berbeza kecuali tuhan, rasul, kitab, kiblat, matlamat (syurga) dan akhlak perlu sama.


Ramai yang berselisih masalah itu dan ini, pendekatan itu dan pendekatan ini, manhaj itu dan manhaj ini tapi semua tidak dapat berselisih bahawa akhlak karimah sebagai petanda seorang muslim, Allah sebagai tuhan, Muhammad sebagai rasul, Al-Quran sebagai kitab dan Syurga sebagai tujuan dan matlamat.


ABIM-ISMA-KONSIS-PMRAM bahkan UMNO semua ini hanya jalan yang kita pilih sebagai saluran. Anda masuk di dalamnya anda bertanggung jawab di hadapan Allah SWT.


Si A berkata, “Kelompok B dan C itu bersekongkol dengan kerajaan, mereka sengaja ditubuhkan untuk menghancurkan kita.. bla.. bla.. bla..”


Si B berkata, “Kalau anda ingin mencari tempat meningkatkan potensi diri hubungi saya ya. InsyaAllah kalau anda selesa boleh diteruskan kalau tidak sila cari tempat yang lebih sesuai dengan jiwa anda.”


Si C berkata, “Eh, kamu kena masuk ini. Buat apa kamu ikot mereka, mereka tu sibuk berpolitik saja, solat jemaah, baca Quran, tahajjud entah kemana!! Akhlaknya tuhan saja yang tahu!!”


Si D berkata, “Apa yang saya kata kepada anda saya pertanggung jawabkan di depan Allah SWT. Mengenai hal itu saya tidak tahu. Saya tidak akan perkatakannya kerana itu mungkin mengandung fitnah!”


Si E berkata, “Mereka itu pemecah belah, kita perlu jaga kesatuan kita, siapa yang keluar dari jemaah ini mereka adalah jahiliah. Mereka itu telah menyalahi ayat wa’tashimu bihablillahi wala tafarraqu.. Mereka itu bermaksiat, kita bermualamah dengan mereka dalam keadaan tidak redha!”


Si F berkata, “Lantaklah mereka nak bergaduh, peduli apa aku. Suka hati akulah nak bersikap macam mana. Nak telanjang ke nak hisap rokok ke, yang penting aku tak kacau korang so korang tak payah nak kacau aku!”


Tersenyum penulis membaca tulisan mereka. Tiada kesudahan. Prasangka demi prasangka, fitnah di atas fitnah, emosi dan emosi. Apa sebenarnya yang diperjuangkan pun sudah tidak jelas. Menyempitkan pahaman yang luas dan meluaskan pahaman yang sempit. Kasihan.


Ternyata tidak mudah memahami Islam dan mengamalkan Islam. Semua orang mengaku paling benar dan paling syumul. Mengaku kesatuannya yang perlu diiktiraf dan selain kelompoknya sesat dan pemecah belah.


Kepada mereka yang masih keliru, seruan penulis agar kembali kepada asal. Kenali dulu hakikat Islam. Pelajari dulu erti ihsan dan ikhlas. Budaya tarik menarik, tuduh menuduh, fitnah memfitnah bukan budaya kita.


Kullumriin bima kasaba rahin.. Setiap manusia atas apa yang dilakukan tersimpan.. Hal jazaul ihsan illal ihsan.. Adakah balasan kebaikan selain kebaikan..Ittabiu man la yasalukum ajran wahummuhtadun.. ikutilah siapa yang tidak meminta darimu balasan dan mereka orang yang memberi petunjuk. Ud’u ila sabili rabbika bilhikmati wal mau’izotil hasanati wajadilhum billati hiya ahsan.. Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan perangilah (berdebatlah) dengan cara yang terbaik..


“Ustaz siapa yang benar menurut ustaz di dalam hal ini?” tanya seorang yang kebingungan.


“Siapa yang kelakuannya, tutur katanya dan amalannya bercanggah dari apa yang ada di dalam Al-Quran dan As-Sunnah maka mereka itu yang salah.


“Ustaz benarkah ABIM, KONSIS, ISMA dan lain-lain bersekongkol dengan UMNO, buktinya mereka mendapat pengiktirafan oleh Kedutaan Besar Malaysia Ke Mesir!!??”


“Oh, itu kerana mereka pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar di Malaysia, maka ketika berada di Mesir mereka turut berdaftar di bawah kedutaan. Semua rakyat malaysia berhak mendapat layanan sama dari kerajaan namun kita perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan seperti berdaftar di bawah kedutaan. Siapa yang merasa tidak perlu berdaftar tidak perlu takut sama ada diiktiraf atau pun tidak kerana itu adalah hak peribadi masing-masing. Jika tidak mahu berdaftar mengapa pula minta diiktiraf.”


“Lalu jemaah mana yang benar dan siapa yang pemecah belah?”


“Benar menurut siapa? dan pecah belah dari apa? Jemaah yang benar menurut Allah adalah yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai teras dan landasan. Pemecah belah adalah mereka yang tidak rukuk dan sujud bersama-sama para muslimin di dalam saf-saf muslimin ke arah kiblat yang satu iaitu kaa’bah dan Allah sebagai tuhan yang disembah. Kesatuan menurut Allah tidak mengira warna kulit, tempat, mazhab, ngo dan latar belakang politik.”


“Ustaz, susahlah macam ni, ustaz perlulah jelas kelompok mana yang perlu saya ikut!!??”


“Apakah kamu meminta saya menyempitkan yang luas dan meluaskan yang sempit!!?? Ukuran yang diterima di sisi Allah adalah ukuran Al-Quran dan Sunnah. So, suka tak suka mahu tak mahu, jika mahu selamat itulah rujukan yang sepatutnya. Anda boleh sertai semua yang ada samaada PMRAM, KONSIS, ISMA, ABIM atau bahkan UMNO dan anda boleh nilai siapa diantara mereka yang paling sesuai dengan pahaman anda dari prespektif Al-Quran dan Sunnah. Anda perlu adil terhadap diri anda dan anda perlu adil terhadap semua.”


Penulis sentiasa berdoa agar umat Islam diberikan kelembutan hati dan keterbukaan minda. Allahumma allif baina qulubil muslimin, wajma’ kalimatahum, wawahhid shufufahum wa allif zata bainihim, allahumma habbib ilainal iman wa zayyinhu fi qulubina wa karrih ilainal kufra wal fusuqa wal ‘ishyan waj’alna minarrashidin, allahummagfirlana wa liikhwaninallazina sabaku fil iman wala taj’al fi qulubina gillan lillazina amanu..

2 ulasan:

TRAVELLER berkata...

salam

[an-naziat:44]

Teruskan membawa manusia ke arah yang haq. Mg thabat.

wallahua'lam

Unknown berkata...

Ahsantum

Template by:
Free Blog Templates