Jumaat, 2 Januari 2009

Haji 1429


Alhamdulillah, syukur pada Allah taala, dengan rahmat dan kasih sayangnya juga taufiq darinya selesai sudah ibadah haji pada tahun ini 1429H.Semoga ini bukanlah haji yang terakhir dengan harapan akan menjejakkan lagi kaki ke kota Mekah untuk menunaikan fardhu haji di masa akan datang.

Pernah suatu ketika dahulu, ketika masih menuntut di sekolah menengah, dalam kelas, seorang ustaz (pengetua sekolah) sedang mengajar kami subjek syariah islamiah dalam bab haji dimana dia menanamkan kepada kami azam untuk menunaikan ibadat haji dan menyuruh kami supaya mula menabung dari sekarang walaupun bermula dari lima puluh sen setiap hari.Saya pada ketika itu amat bersemangat dan membuat kira kira sekiranya saya menabung dari sekarang, bilakah saya akan dapat menunaikan ibadah haji.Jawapan yang saya dapat pada ketika itu ialah saya mungkin akan ke Mekah dalam lingkungan umur 50 tahun.Bermula dari hari itu saya mula menabung.

Dengan Izin Allah taala, saya telahpun menunaikan haji pertama (hujjatul islam) ketika berumur 21 tahun.Begitu terasa betapa kasih sayang Allah terhadap hambanya lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya-(mafhum hadith).




Sedang memberi pengisian di Muzdalifah.Kelihatan Tuan Bad begitu insaf.

Kesimpulan yang boleh saya ambil dari pengalaman ini ialah sekiranya kita telah berazam...maka bertawakallah pada Allah.Allah akan memudahkan segala urusan kebaikan kita sekiranya kita benar-benar ikhlas.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita semua haji yang mabrur.

Apa yang saya ingin kongsikan pada penulisan kali ini ialah, beberapa fawaid yang saya dapat pada haji kali ini.


Saat hendak bertolak...8 Zulhijjah


1 ) Pertamanya ialah jika kita buka bab haji, kita akan dapati pelbagai perbezaan pendapat ulamak dan mazhab dalam membicarakan mengenai haji.Mungkin timbul persoalan dalam diri kita, mengapa ada waktu afdhal, waktu sunat, waktu yang dikira, dan waktu yang tidak dikira (tidak sah).Juga perbuatan yang afdhal, perbuatan yang sunat, perbuatan yang dikira (yujzi'), dan perbuatan yang tak sah di dalam ibadat haji ini.
Adakah kerana Rasulullah telah membahagikan kepada kita ketika hayat baginda; kalau buat yang ini afdhal, kalau buat yang ini dikira sah sahaja dsb.Sudah pastilah semuanya akan membuat yang afdhal dan meninggalkan yang selainnya kerana kita hendak mempersembahkan ibadah manasik yang terbaik pada Allah taala.

Sekiranya semuanya membuat yang afdhal, sudah pastilah apa yang sampai pada kita hari ini kesemuanya manasik yang afdhal dan ulama' tidaklah akan membincangkan mengenai kategori yang selainnya.

Tetapi apa yang kita dapati hari ini, pelbagai pendapat dari ulama' yang membincangkan mengenai permasalahan haji ini.

Kesimpulan yang boleh saya buat:

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Ambillah dariku manasik (ibadah haji) kamu".Rasulullah tidak mengatakan berhajilah kamu sebagaimana kamu melihat aku membuat haji- Seperti sabda Rasulullah mengenai solat yang bermaksud :"Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat".

Di sini menunjukkan kepada kita betapa rahmatnya agama Islam ini.Di dalam haji kita sedia maklum begitu banyak kesusahan dan kepayahan yang harus kita tempuhi.Sekiranya Rasulullah menyuruh kita mengikut sepertimana haji yang Rasulullah lakukan, sudah pastilah ibadah haji ini amat sukar untuk diselesaikan dan ramai yang tidak dapat menunaikannya dengan sempurna kerana ibadah haji ini terikat dengan masa dan tempat.Kerana itu ramai para Sahabat R.A yang berjumpa dengan Rasulullah bertanyakan mengenai permasalahan ibadah haji yang mereka lakukan adakah dikira kerana ada yang tidak mengikut sebagaimana yang rasulullah lakukan, dan Rasulullah mengatakan kepada mereka (Para Sahabat) yang bermaksud: "lakukanlah...tiada masalah".
Maka dari sinilah timbul perbincangan ulama adakah ibadah tersebut dikira, sunnah, afdhal dsb.

Tempat kami di Arafah

2 ) Mengenai permasalahan sunnah dan tidak sunnah.Ada dikalangan jemaah haji yang bersungguh menunaikan ibadah haji sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah dari segi ketepatan masanya, tempat dsb.Perbuatan seperti ini adalah amat dialu-alukan.Akan tetapi yang menjadi permasalahannya ialah apabila mereka mendakwa jemaah haji yang tidak melaksanakan ibadah haji sepertimana haji yang mereka telah lakukan sebagai haji yang tidak sunnah.
Disini kita perlu menilai semula secara mendalam.Kita sedia maklum bahawa ulama' sepakat menta'rifkan sunnah sebagai : segala yang disandarkan kepada Nabi Sallallahu alaihi wasallam dari perkataannya, perbuatannya, dan persetujuannya(Taqrir).
Jadi haruslah kita berlapang dada dengan perlaksanaan ibadah haji yang tidak begitu mengikut bulat-bulat sebagaimana manasik yang Rasulullah lakukan selagi mana perlakuan manasik haji mereka masih berlandaskan dari nas syarak.Walaupun manasik haji mereka tidak mengikut perbuatan (Fi'lin) Rasulullah, tetapi mengikut apa yang dipersetujui (Taqrir) oleh Rasulullah, ianya masih lagi dalam kategori sunnah-(sila rujuk takrif sunnah seperti diatas).


Jutaan manusia...Muzdalifah

3) Ketika hari-hari tasyrik tiba (11, 12, 13) Zulhijjah, tibalah masanya untuk kami bermabit di Mina dan melontar.Pada Terniat di hati saya untuk mengumpulkan kesemua lontaran untuk dilakukan ketika hari terakhir mabit(dibenarkan dalam syarak).
Akan tetapi alhamdulillah, akhirnya saya pergi melontar pada setiap hari tanpa mengumpulkannya.Bayangkan, sekiranya saya mengumpulkan lontaran, saya perlu mengumpulkan 42 biji batu (nafar awal dan tidak termasuk jamrah aqabah) untuk melontar dan saya perlu melawan arus manusia kerana perlu mengulang dari jamrah yang pertama semula.
Faedah yang boleh saya dapat dari peristiwa ini ialah sekiranya kita suka bertangguh kerja kita, ianya bukan sahaja menghasilkan hasil yang tidak bermutu, malah menyusahkan kita berbanding kita lakukan kerja kita pada masa yang sepatutnya.


Bersama Team Madinah, Abg Syukran, Kak An, Amirah, Asyraf, dan Team Ummul Qura.

Inilah sedikit faedah yang saya dapat pada haji kali ini.Haji kal ini juga merupakan haji yang paling mudah berbanding haji-haji yang sebelumnya – mudah dapat tempat, kereta, tidak perlu jauh berjalan, dan kurang sesak.Alhamdulillah.
Semoga ini bukanlah haji yang terakhir untuk saya, dan semoga di masa akan datang saya dapat lagi ke tanah haram untuk menunaikan haji bersama ibu dan ayah saya.

Wallahua3lam.

Beberapa Snapshot menarik dlm haji kali ini:





Mana yang lebih berkilat...air botol atau kepala



Signboard tempat melontar


Had Mina


The adventure in Hajj


Kumpul batu untuk melontar





Banyak lagi gambar menarik yang nak dikongsi, tapi internet disini lembab.InsyaAllah bertemu lagi di penulisan yang akan datang.

0 ulasan:

Template by:
Free Blog Templates