Khamis, 19 November 2009

Ibadah Qurban







Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah Azza wa jal kerana dipertemukan dengan Idul Adha yang akan menjelma tidak lama lagi.Hari raya ini merupakan perayaan yang lebih besar berbanding dengan idul Fitri yang baru berlalu tidak lama dahulu.


Ibadah ini bersempena menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim Alaihis salam ketika diuji Allah taala untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail Alaihis salam, yang mana kemudiannya Allah taala menggantikannya dengan seekor kibasy.


Istilah Qurban sebenarnya diambil dari perkataan قرب iaitu dekat.Bermaksud ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah taala.Maka kita akan mempersembahkan sembelihan kita yang terbaik sebagai mendekatkan diri kita kepada Allah taala.

Maka istilah yang digunapakai dalam bahasa melayu tidak begitu tepat.-Sebagai contoh kemalangan kereta di lebuhraya selatan itu mengorbankan 3 nyawa.-sekadar selingan. :)

Maka dalam kitab-kitab Feqh kita akan dapati istilah yang digunakan adalah udhiyyah dari perkataan الضحى bermaksud waktu dhuha sempena waktu dilaksanakan penyembelihan, dan ada diambil dari perkataan ضحى، يضحى، تضحية membawa maksud pengorbanan.

Maka Udhiyyah (Qurban) bermaksud: Apa yang disembelih dari unta, lembu, kambing untuk mendekatkan diri pada Allah pada hari idul adha (10 zulhijjah) dan hari-hari tasyriq (11, 12, 13 Zulhijjah).-Menurut mazhab Shafie.

Apa yang nak di highligt kan pada catatan kali ini ialah

1- berkenaan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Al-Hakim yang bermaksud:

" Siapa yang baginya keluasan (mampu dari segi material) dan tidak berqurban maka janganlah dia dekat (datang) ke tempat solat kami "

Di dalam hadith ini Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam seolah-seolah menyamakan kepentingan ibadah Qurban ini dengan kepentingan solat.Maka menurut pendapat sesetengah ulama' bagi yang berkemampuan wajib hukumnya.

Hukum berqurban adalah sunat yang dituntut (Sunat muakkad).


Bersamalah kita menghayati ibadah Qurban ini disamping turut serta turun padang memeriahkan ibadah Qurban ini.


2 - Kita juga digalakkan berpuasa di hari Arafah (9 Zulhijjah).Sebagaimana dalam sebuah hadith sahih :

"Puasa di hari Arafah Aku (Nabi Muhammad) berharap pada Allah agar menghapuskan dosa satu tahun sebelumnya dan setahun selepasnya" - HR Muslim.

Pada hari Arafah ini bagi yang menunaikan ibadah Haji, Rasulullah ketika hari Arafah, ketika Baginda menunaikan ibadah Haji, Baginda tidak berpuasa.Sebagaimana dalam sebuah Athar sahih yang mafhumnya para sahabat tertanya-tanya adakah Baginda berpuasa pada hari tersebut.Masing-masing segan untuk bertanya terus pada Rasulullah, Maka ada seorang sahabat memberikan semangkuk susu kepada rasulullah - untuk melihat samada Rasulullah berpuasa atau tidak- dan Rasulullah menerimanya dan meminumnya.Lihatlah bagaimana akhlak para sahabat bermuamalah bersama Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam.



3 - Perbanyakkan amal soleh di sepuluh hari awal di bulan Zulhijjah.Sebagaimana tercatat dalam sebuah hadith Sahih riwayat Bukhari yang bermaksud :

" Tidak terdapat amalan soleh pada mana-mana hari yang lebih afdhal berbanding sepuluh hari ini(10 awal Zulhijjah).Sahabat bertanya: " wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah?" Jawab Rasulullah: " walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan jiwanya dan hartanya (di jalan Allah), akan tetapi kemudiannya tidak pulang dengan apa-apa pun".


Bersamalah kita mengejar segala ganjaran yang disediakan khas pada bulan Zulhijjah ini oleh Pencipta kita Allah Taala kepada kita hambanya sebagai tanda rahmat dan kasih sayangNya pada kita.Amat rugi dan sombonglah kita sekiranya kita membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.Bermula dari point no 3 = amal soleh di 10 awal Zulhijjah, seterusnya puasa di hari Arafah, Seterusnya Melaksanakan ibadah Qurban.




2 ulasan:

nailofar09 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nailofar09 berkata...

salam...kmbali ziarah ke blog ankanda, syabas...best pengisian blog A wa S..bnyak info.UMI tak daya nk ulas, tp t kasih lerr...dapat juga tambah ilmu...esp: berkenaaan hari ASYURA...yg kebetulannya...baru je kita sambut maal hijrah...siang tadi...ohh maknnya smpena maal hijarah Umi ke sini...bole slalu2 kan..malam ni baru takat anknda balik haji tahun 2008...belum terlambat nk wish: salam maal hijrah. Nak share sms dr teman umi...begini ayatnya> bertahujud menyerikan wajah,bersyukur membajai barakah, bermuhasabah mencetus hikmah, bertawakal membuahkan pasrah. salam maalhijrah 1431.

Template by:
Free Blog Templates