Khamis, 8 Oktober 2009

D.I.Y : Hari Jumaat


Hari Jumaat merupakan hari yang mana kita lalui setiap minggu.Setengah orang tidak merasakan kelebihannya.Ianya berlalu seperti hari-hari biasa.Bahkan ada yang rasa terbeban terutamanya orang lelaki untuk pergi berjemaah di masjid.Kadangkala tak perasan pun yang hari tu adalah hari jumaat.


Jadi eloklah kita renung sejenak apa yang ada pada hari Jumaat ni.Terlebih elok, kita tahu apa yang Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lakukan pada hari tersebut.



Pagi Jumaat


Pada pagi Jumaat Rasulullah akan membaca dua surah, Sajadah dan surah al-insan (Bukhari, Muslim).Jadi eloklah kita amalkan.


Rasulullah juga memberitahu kita bahawa yang terlebih afdhal solat di sisi Allah ialah solat subuh di hari Jumaat secara berjemaah.(Hadis sahih).


Jadi sekarang kita dah nampak amalan apakah yang akan kita mulakan apabila tibanya menjelang hari Jumaat.Bagi yang bekerja ataupun pelajar, boleh aturkan masa khas pada pagi Jumaat ni selaras dengan jadual harian kita.


Seterusnya…



Dalam petunjuk hadith yang lain, Barangsiapa yang mandi, kemudian pergi untuk solat Jumaat, kemudian solat (sunat) sekadarnya, kemudian dia diam sehingga imam selesai berkhutbah, kemudian dia bersolat bersama imam (solat jumaat), akan diampunkan baginya diantara jumaat itu dan jumaat seterusnya dan mendapat tambahan ganjaran tiga hari.-(Riwayat Muslim)


Maka pada hari yang berkat ini, kita bersedia untuk bersolat dalam keadaan yang bersih, berwangi-wangian jika ada pewangi (mafhum hadis yang lain).


Sampai sahaja masjid kita teruskan amal ibadat kita dengan solat sunat tahiyatul masjid dan sunat lainnya.

Seterusnya dia mendengar khutbah dalam keadaan diam, dan bersolat bersama imam, akan diganjarkan baginya tebusan dosa-dosa kecilnya sehinggalah ke Jumaat berikutnya.

Menarik bukan hari jumaat ini?



Jangan datang lewat!


Di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim ada dinyatakan bahawa malaikat akan berada di pintu-pintu masjid.Siapa yang datang awal akan dicatatkan baginya ganjaran seperti unta, seterusnya seperti lembu, seterusnya seperti kambing, seterusnya seperti ayam, seterusnya senilai telur ayam.Sehinggalah imam mula keluar untuk berkhutbah, Malaikat akan tutup buku catatannya lalu duduk untuk sama-sama mendengar khutbah.


Jadi jangan kita syok sendiri.Seperti ayat biasa para remaja kini : Asal datang suda.Telur ayam pun tak dapat kalau lewat.


Kalau tinggal Jumaat?


Kalau datang lewat, ganjaran akan berkurang dan mungkin tak dapat, apatah lagi kalau tinggal.Dalam hadith riwayat Muslim ada menceritakan hal keadaan orang yang tinggal jumaat ni.Mereka akan di tutup oleh Allah taala akan hati mereka (dari menerima kebaikan-hati jadi keras), kemudian mereka ini akan menjadi dari golongan orang-orang yang lupa dari membuat amal kebaikan dan lupa dari meninggalkan perkara yang memudaratkan iman mereka.Nauzubillah min zalik.Nas alullah al afiah.


Jadi hati-hati…jangan pandang remeh pada perkara ni.



Amalan lain pada hari Jumaat



1) Rasulullah juga membaca sural al-kahfi pada hari Jumaat.Dalam sebuah hadis di sahihkan oleh al-albani diriwayatkan oleh al-Hakim dan Baihaqi: Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan menerangi padanya cahaya di antara jumaat berikutnya.Sebahagian ulama’ mensyarahkan diterangi akan kuburnya kelak.


2) Selepas selesai solat Jumaat, di sunatkan solat sunat jika di masjid empat rakaat-(Muslim), dan jika solat sunat di rumah dua rakaat-(Bukhari, Muslim).


3) Selawat ke atas Rasulullah sallahu alaihi wasallam. “Perbanyakkanlah oleh kamu berselawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat”.-(Baihaqi).


4) Berdoa memohon segala yang kita hajati kerana ada pada hari jumaat ni waktu yang mustajab akan segala permintaan dan doa kita.


¹.Ketika imam duduk diatas mimbar hingga selesai solat Jumaat.-hadis mauquf (Muslim)


².Diantara solat asar (pada hari Jumaat) hingga terbenam matahari.


Jadi pada waktu-waktu begini, perbanyakkanlah oleh kita akan permintaan kepada Allah taala yang mana kita sedia maklum akan kelemahan diri kita, banyaknya masalah yang melanda, terhindar dari bala bencana, mohon di ampunkan Allah, dipermudahkan urusan dan sebagainya.


Jangan malas untuk meminta-minta pada Allah.


Penutup



Sama-samalah kita kejar segala ganjaran yang ada pada hari Jumaat ni.Hari yang besar di mana sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah Jumaat, hari diciptakan nabi Adam, hari nabi Adam dimasukkan dan dikeluarka dari syurga, dan hari dimana akan berlakunya kiamat.


Sebelum tiba hari Jumaat, kita dah bersedia terlebih awal apa yang perlu dilakukan pada hari yang besar ini.

Tujuan artikel ini ditulis supaya kita menghargai hari Jumaat.Jangan biarkan ia berlalu seperti hari-hari biasa.

Selamat beramal.Do It Yourself – D.I.Y

Wallahua3lam.

0 ulasan:

Template by:
Free Blog Templates