Rabu, 10 November 2010

Langkah-langkah untuk membantu membuat semua orang menghormati anda dan menghargai anda


Dipetik dari YG elmadinah posting oleh Nazmi Aidarus.Diterjemah mengikut keselesaan penulis.Pembetulan dialu-alukan.


1. Lebih banyak mendengar daripada berbicara: ketika mana banyaknya bicara manusia itu ada kesempatan untuknya berbuat kesalahan.

Oleh kerana itu, cubalah untuk diam sedaya mungkin,

Dan manusia akan menganggap anda lebih cerdas daripada kecerdasan anda yang sebenarnya.


2. Peliharalah rahsia-rahsia anda yang khusus.

Jadikan maklumat peribadi anda konservatif dan jangan membuat hidup anda sebuah buku yang terbuka.Ia akan menyebabkan anda dipandang rendah oleh orang lain.


3. Tidak mengurangkan prestasi anda dengan berkata: Sesungguhnya aku telah beruntung, kerana itu akan menyebabkan anda kehilangan beberapa kemuliaan anda,

Jadilah seorang yang zuhud bersederhana, namun dalam kebanggaan.

Apabila seseorang mengatakan kepada anda .. alangkah hebatnya anda, maka bersetujulah dengan dia dan kemudian berkata: Terima kasih, saya telah bekerja keras.Mereka yang berpura-pura bahawa mereka selalu mendapat senang dengan mudah akan kehilangan hak untuk dihormati,

Kerana orang akan melihat anda sebagai penipu.


4. Jangan mengurangkan urusan tanggungjawab anda.Manusia kehilangan rasa hormat terhadap orang lain ketika mereka mengurangkan tanggungjawabnya.

Dan berhentilah dari mengatakan : Ini mungkin silap ni.


5. Jauhi permintaan maaf berulang-ulang.Meminta maaf pada tempatnya adalah baik, tapi jangan berlebihan.


6. Jangan memaksa pengaruhi orang lain pada perkara yang anda sukai

Jika anda berusaha keras untuk mempengaruhi orang lain, kemudian mereka dapat merasainya, anda akan kehilangan rasa hormat dari mereka.


7. Utamakan keputusan anda lebih untuk diri anda sendiri:

Biasanya banyak orang bertanya tentang pandangan mereka, mencerminkan bahawa mereka tidak yakin dengan keputusan anda

Hal ini mengurangi rasa hormat mereka untuk anda.


8. Selalu menghargai nilai masa:

Mereka yang berlengah-lengah dan membuang masa menyebabkan kehilangan rasa hormat dari orang lain.


9. Jagalah kesopanan anda: orang-orang bertindak balas dengan emosi sering kehilangan rasa hormat terhadap mereka.

0 ulasan:

Template by:
Free Blog Templates