Ahad, 30 November 2008

CEPAT SEBELUM MELEPAS...KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA DI BULAN ZULHIJJAH

Assalamualaikum w.b.t

Sedar tak sedar masa terus berjalan dan kita dah pun masuk ke bulan Zulhijjah.Kita dah tinggalkan Ramadhan, Syawal yang di dalamnya ada kelebihannya tersendiri.Jadi kita dah berada di Zulhijjah, kita cerita pula kelebihan yang ada di Zulhijjah ni supaya kita tak terlepas peluang (Pahala, fadhilat, ganjaran) yang tak selalu ada di bulan-bulan yang lain k.




Firman Allah Taala:
والفجر۝ وليال عشر۝

Yang bermaksud:"Demi waktu fajar Ǒ Demi malam yang sepuluh Ǒ
(Surah Al-Fajr: 1 & 2)
Di dalam ayat di atas, Allah Taala bersumpah dengan waktu fajar dan malam yang sepuluh menunjukkan tentang keberkatan yang ada waktu subuh dan kelebihan yang ada pada malam yang sepuluh.
Ibnu Abbas menafsirkan 'Demi malam yang sepuluh' adalah 10 hari pertama dalam Zulhijjah.


Di dalam Hadith pula:

عن ابن عمر رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال : "ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب اليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتحميد والتكبير"

Yang bermaksud: "Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah dan beramal padanya lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini(10 hari pertama di Bulan Zulhijjah).Maka perbanyakkanlah di dalamnya dengan bertahlil dan bertahmid dan bertakbir". – (Riwayat Ahmad-5575,6298)

Di dalam Hadith yang lain:

عن ابن عباس رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ما من ايام العمل الصالح فيهن أحب الى الله من هذه الأيام العشر" فقالوا يا رسول الله ولا الجهاد فى سبيل الله ؟ فقال: " ولا الجهاد فى سبيل الله الا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشئ"

Yang bermaksud: "Tidak ada hari yang amal soleh (yang dilakukan) padanya lebih disukai oleh Allah Taala daripada hari-hari yang sepuluh ini".Sahabat bertanya: walaupun berjihad di jalan Allah? Sabda Rasul: "Walaupun berjihad di jalan Allah, melainkan lelaki yang keluar berjihad membawa diri dan hartanya lalu dia tidak kembali selepas itu (telah syahid). – (Riwayat Tirmizi-762:Hasan sohih gharib)

Kesimpulan:

1- Diantara Kelebihan yang ada di bulan Zulhijjah yg boleh direbut oleh org yg tidak mengerjakan haji.
2- 10 hari yang jika kita buat apa sahaja amalan kebaikan amat disukai oleh Allah.
3- Maka perbanyakkan amalan sunat seperti berpuasa, bersedekah, berzikir, dalam tempoh 10 hari ini.
4- Disamping tidak meninggalkan amalan wajib.

Jadi pakatlah dengan keluarga, saudara-mara, kawan-kawan semua, dalam tempoh 10 hari ni pakat ramai-ramai berpuasa, bersedekah, berzikir, bertahlil, bertakbir, bertahmid, kurangkan aktiviti luar, berbaik-baik dengan semua orang dsb kerana apa jua amalan baik time ni amat disukai Allah.Nanti masuk bulan lain pula kita rebut kelebihan yang ada dlm bulan tu pula k.

0 ulasan:

Template by:
Free Blog Templates