Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.
TARIKH : 30 JANUARI 2010
TEMPAT : DEWAN SERI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), BANGI.
ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
INFO : HTTP://KOBANNA. ISMAWEB.NET
OBJEKTIF
i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.
PEMBENTANG KERTAS KERJA
Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia
YURAN PENYERTAAN
Klasifikasi | Bayaran | Sasaran (orang) |
Perseorangan | RM50 | 800 |
Wakil Organisasi | RM100 | 20 |
Pelajar | RM20 | 2000 |
TENTATIF PROGRAM
08.00 am – 08.30 am | Kehadiran peserta dan pendaftaran |
08:30 am – 10:00 am | Ucaptama Konvensyen |
10:00 am – 10:30 am | Rehat |
10:30 am – 11:40 am | Kertas Kerja I: ”Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Agenda” oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias |
11:30 am – 11:40am | Tayangan Multimedia |
11:40 am –12:50 pm | Kertas Kerja II: ”Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pendekatannya di Malaysia” oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman |
12:40 pm – 02:00 pm | Solat dan Makan Tengahari |
02:00pm – 03:15 pm | Kertas Kerja III: ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni |
03:15 pm – 04:00 pm | Pembentangan Resolusi |
04:00 pm – 04:30 pm | Ucapan Penutupan Konvensyen. Majlis bersurai |
Diharap Konvensyen sebegini mampu menaikkan kembali kefahaman bangsa Melayu Muslim khususnya terhadap agenda memajukan ummah. Sila layari laman sesawang http://kobanna. ismaweb.net untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut.