Ahad, 23 Ogos 2009

Ahlan Ya Ramadhan



Ramadhan tiba lagi.

Alhamdulillah kita masih berpeluang bersama Ramadhan lagi tahun ni.

Bersama kita berdoa agar tidak tergolong dari mahrumiin pada kelebihan dan pahala yang ada di bulan yang mulia ini.Ramadhan Kareem.


Nak kongsi handout yang di beri kepada pelajar SMIP sempena majlis "Di ambang Ramadhan" pada hari Jumaat lepas yang bertajuk "Hukum-hakam yang berkaitan dengan Ramadhan".


Hukum-hukum berkaitan dengan puasa Ramadhan


Pendahuluan:


  • Puasa Ramadhan merupakan salah satu dari rukun Islam yang wajib kita imani dan laksanakan.
  • Difardukan pada tahun kedua hijrah
  • Rasulullah sempat berpuasa Ramadhan selama 9 tahun.


Bila mula berpuasa?


  • Bila kelihatan anak bulan (Hilal)
  • Sekiranya tidak nampak, cukupkan bulan Syaaban sebanyak 30 hari.

Pembahagian manusia dalam hukum berpuasa:


  1. Muslim yang baligh, berakal, bermukim, mampu (selamat dari tegahan berpuasa) : Wajib berpuasa.
  2. Budak kecil : Tidak wajib.
  3. Orang gila : Tidak wajib.
  4. Orang tua yang nyanyuk : Tidak wajib, wajib ketika hilang nyanyuk.
  5. Orang lemah, sakit yang tidak akan sembuh: Tidak wajib, kena bayar fidyah.
  6. Musafir : Tidak wajib, kena ganti puasa.
  7. Sakit yang boleh sembuh :

– Tidak sukar & tidak mudharat : Wajib berpuasa

- Sukar & tidak mudharat : Makruh berpuasa

- Mudharat : Tidak wajib berpuasa

  1. Haidh, Nifas : Tidak wajib, kena ganti puasa.
  2. Perempuan yang menyusu anaknya, hamil yang takut terjejas kesihatannya atau kesihatan anaknya : Tidak wajib, kena ganti puasa.
  3. Orang yang perlu berbuka untuk ada kekuatan menyelamat nyawa orang yang perlu dijaga nyawanya (ketika berjihad dll) : Tidak wajib, kena ganti puasa.

Perkara yang membatalkan puasa:


  1. Jimak : Kaffarah : Merdeka hamba, atau puasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan 60 orang miskin.
  2. Mengeluarkan mani dengan sengaja : Ganti puasa.
  3. Makan, minum, muntah dengan sengaja : Ganti puasa
  4. Keluar darah haidh atau nifas : Ganti puasa


Penutup:


Semoga kita semua mendapat manfaat dengan pembacaan diatas lalu terus mengamalkannya dan menjaga segala hukum-hakam yang berkaitan dengan puasa agar puasa kita sempurna dan diterima Allah Taala.


Isnin, 6 Julai 2009

Malam Aspirasi Seni ISMA



Asssalamualaikum wrt
Kepada semua,

Dengan segala hormatnya menjemput saudara/ri ke Malam Aspirasi Seni ISMA di Pusat Dakwah Seremban, NS. Mohon sebar-sebarkan kepada saudara-mara, anak buah, mad'u, masjid, surau, jiran, kenalan, rakan sekerja dsbnya.

Moga dengan kesenian juga mendekatkan kita kepada Islam tercinta. Poster seperti lampiran.

Apa yang ada pada MAS 2009 ni?

Penggarapan umum ISMA
Target kehadiran 1500

VIP
Tetamu khas DatoMufti N9,
Ucapan Presiden ISMA
Perasmian oleh Pengarah JHEAINS

Agenda
Pidato isu terkini Palestin - Mejar N
Nasyid - Muadz (live music...7 back up singer)
Deklamasi sajak sasterawan (A.Samad said)
Pelancaran Buku - Palestin Dijajah - Di manakah Solahuddinnya?
Dana Palestin dll

20 gerai - 2 gerai Palestin, 2 gerai ISMA, 2 gerai Pembina

Acara petang (5ptg)
Pertandingan melukis (Palestin) dan mewarna Masjid al Aqsa (Kanak2 rendah)
Deklamasi sajak dan nasyid dari sekolah2 jemputan di NS

Tempat kemungkinan besar akan padat. Kalau nak join perlu datang awal sebelum 6.45 petang.

Mari beramal untuk Islam melalui ISMA!
www.jalinanukhuwah. info

Sabtu, 4 Julai 2009

Akhirnya...

Bersama Ust Radhi Hamzah Konsul Pendidikan Malaysia di Jeddah

Setelah empat tahun berlalu...masa berlalu dengan pantas.Penulis masih boleh bayangkan dengan jelas gambaran ketika mula-mula sampai di Madinah empat tahun dulu.Apa pun, yang berlalu tetap berlalu, yang mendatang perlu kita hadapi dengan matang dan cemerlang.

Apa yang penulis ingin sampaikan kali ini, khas untuk ikhwah yang masih berjihad di medan ilmu ini.Gunalah peluang dan kesempatan yang ada sebaik mungkin.Timba ilmu yang bermanfaat sebanyak mungkin.Ada yang kata empat tahun belajar bila dikira-kira setahun atau lebih digunakan untuk melancong, duduk menghadap komputer, dan seumpamanya yang tidak membantu pada peningkatan ilmu di dada.Lebih kelakar lagi, empat tahun yang berlalu setahun digunakan duduk di dalam tandas-tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati-.

Apa yang penting bersediakah saya untuk melangkah ke medan seterusnya iaitu medan sebenar kita = dakwah dan tabligh.Rasanya terlalu sikit ilmu yang boleh dikongsi bersama masyarakat sekeliling.Seperti kata budiman:Faqidu syai la yu3ti.Tapi ini semua bukanlah alasan untuk kita terus memencil dan melarikan diri dari medan dakwah yang mulia ini.Kita yang mencari dakwah dan dakwah tidak mencari kita.

Sekiranya kita lari, ianya akan digantikan oleh orang lain hatta ya'tiya amrulLah.Sekiranya kita tidak tahu berenang untuk selamatkan orang yang sedang kelemasan, jadilah kita orang yang menjerit meminta pertolongan dari orang yang pandai berenang untuk membantu orang yang lemas tadi.Doakan kita semua thabat didalam jalan dakwah ini dan dikurnia Allah ilmu yang bermanfaat.Amin.

Rabu, 13 Mei 2009

JALINAN 09


Cuti musim panas dah dekat...

Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Setelah sekian lama berpisah, kini tiba masanya bersua kembali. Dengan tema yang mantap Towards A Better Future. Ayuh, jangan buang masa lagi. Mari mendaftar, mari sertai kami, mari membina generasi harapan.

Sebagaimana yang tertera di Poster, Program ini akan berlangsung bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2009.

Program akan diadakan di Kem Herba, Sg Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Bagi yang berminat menyertai boleh berhubung dengan:

1) Rusman (+6019 6649496) rusmanarief@gmail.com

2) Muzaifah Hanim (+6019 3369285) hanim_muzaifah@yahoo.co.uk

3 Pendaftaran online: http://www.jalinanukhuwah.info/?p=222

Program ini terbuka kepada semua Mahasiswa luar negara yang beragama Islam

Bagi Pelajar Madinah yang berminat menyertai boleh hubungi Penulis.InsyaAllah pengangkutan boleh diusahakan.

Penulis pernah mengikuti program ini pada tahun lepas.Komen dari Penulis, amat rugi jika anda tidak dapat turut serta dalam program ini.

Rabu, 29 April 2009

Senyuman Kelat





Oleh Abdul Syahiid Shafruddin @ http://taqeyyabella.naemy.net


Tersentak juga penulis membaca beberapa tulisan di salah sebuah forum.


Kusut.


Susah sangatkah kita memahami Islam!?


Islam yang penulis kenal menyeru kepada kesatuan, melahirkan budi pekerti mulia, meninggikan budaya ilmu, menjauhi fitnah dan buruk sangka, memartabatkan akal, memurnikan aqidah, mensyariatkan ibadah, mengikhlaskan niat, dan seribu satu hal lain yang semuanya baik-baik belaka.


Islam yang penulis kenal membuatkan sesama islam semakian erat persaudaraannya walau warna kulit berbeza, walau bangsa tak serupa, walau profesi berbeza-beza, walau ladang dakwah tidak sama, walau ideologi berbeza, walau manhaj dakwah berlainan bentuk dan warna. Kerana apa pun jua tauhid sebagai naungan, Allah sebagai tuhan, Syurga sebagai tujuan.


Semua perkara boleh berbeza kecuali tuhan, rasul, kitab, kiblat, matlamat (syurga) dan akhlak perlu sama.


Ramai yang berselisih masalah itu dan ini, pendekatan itu dan pendekatan ini, manhaj itu dan manhaj ini tapi semua tidak dapat berselisih bahawa akhlak karimah sebagai petanda seorang muslim, Allah sebagai tuhan, Muhammad sebagai rasul, Al-Quran sebagai kitab dan Syurga sebagai tujuan dan matlamat.


ABIM-ISMA-KONSIS-PMRAM bahkan UMNO semua ini hanya jalan yang kita pilih sebagai saluran. Anda masuk di dalamnya anda bertanggung jawab di hadapan Allah SWT.


Si A berkata, “Kelompok B dan C itu bersekongkol dengan kerajaan, mereka sengaja ditubuhkan untuk menghancurkan kita.. bla.. bla.. bla..”


Si B berkata, “Kalau anda ingin mencari tempat meningkatkan potensi diri hubungi saya ya. InsyaAllah kalau anda selesa boleh diteruskan kalau tidak sila cari tempat yang lebih sesuai dengan jiwa anda.”


Si C berkata, “Eh, kamu kena masuk ini. Buat apa kamu ikot mereka, mereka tu sibuk berpolitik saja, solat jemaah, baca Quran, tahajjud entah kemana!! Akhlaknya tuhan saja yang tahu!!”


Si D berkata, “Apa yang saya kata kepada anda saya pertanggung jawabkan di depan Allah SWT. Mengenai hal itu saya tidak tahu. Saya tidak akan perkatakannya kerana itu mungkin mengandung fitnah!”


Si E berkata, “Mereka itu pemecah belah, kita perlu jaga kesatuan kita, siapa yang keluar dari jemaah ini mereka adalah jahiliah. Mereka itu telah menyalahi ayat wa’tashimu bihablillahi wala tafarraqu.. Mereka itu bermaksiat, kita bermualamah dengan mereka dalam keadaan tidak redha!”


Si F berkata, “Lantaklah mereka nak bergaduh, peduli apa aku. Suka hati akulah nak bersikap macam mana. Nak telanjang ke nak hisap rokok ke, yang penting aku tak kacau korang so korang tak payah nak kacau aku!”


Tersenyum penulis membaca tulisan mereka. Tiada kesudahan. Prasangka demi prasangka, fitnah di atas fitnah, emosi dan emosi. Apa sebenarnya yang diperjuangkan pun sudah tidak jelas. Menyempitkan pahaman yang luas dan meluaskan pahaman yang sempit. Kasihan.


Ternyata tidak mudah memahami Islam dan mengamalkan Islam. Semua orang mengaku paling benar dan paling syumul. Mengaku kesatuannya yang perlu diiktiraf dan selain kelompoknya sesat dan pemecah belah.


Kepada mereka yang masih keliru, seruan penulis agar kembali kepada asal. Kenali dulu hakikat Islam. Pelajari dulu erti ihsan dan ikhlas. Budaya tarik menarik, tuduh menuduh, fitnah memfitnah bukan budaya kita.


Kullumriin bima kasaba rahin.. Setiap manusia atas apa yang dilakukan tersimpan.. Hal jazaul ihsan illal ihsan.. Adakah balasan kebaikan selain kebaikan..Ittabiu man la yasalukum ajran wahummuhtadun.. ikutilah siapa yang tidak meminta darimu balasan dan mereka orang yang memberi petunjuk. Ud’u ila sabili rabbika bilhikmati wal mau’izotil hasanati wajadilhum billati hiya ahsan.. Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan perangilah (berdebatlah) dengan cara yang terbaik..


“Ustaz siapa yang benar menurut ustaz di dalam hal ini?” tanya seorang yang kebingungan.


“Siapa yang kelakuannya, tutur katanya dan amalannya bercanggah dari apa yang ada di dalam Al-Quran dan As-Sunnah maka mereka itu yang salah.


“Ustaz benarkah ABIM, KONSIS, ISMA dan lain-lain bersekongkol dengan UMNO, buktinya mereka mendapat pengiktirafan oleh Kedutaan Besar Malaysia Ke Mesir!!??”


“Oh, itu kerana mereka pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar di Malaysia, maka ketika berada di Mesir mereka turut berdaftar di bawah kedutaan. Semua rakyat malaysia berhak mendapat layanan sama dari kerajaan namun kita perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan seperti berdaftar di bawah kedutaan. Siapa yang merasa tidak perlu berdaftar tidak perlu takut sama ada diiktiraf atau pun tidak kerana itu adalah hak peribadi masing-masing. Jika tidak mahu berdaftar mengapa pula minta diiktiraf.”


“Lalu jemaah mana yang benar dan siapa yang pemecah belah?”


“Benar menurut siapa? dan pecah belah dari apa? Jemaah yang benar menurut Allah adalah yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai teras dan landasan. Pemecah belah adalah mereka yang tidak rukuk dan sujud bersama-sama para muslimin di dalam saf-saf muslimin ke arah kiblat yang satu iaitu kaa’bah dan Allah sebagai tuhan yang disembah. Kesatuan menurut Allah tidak mengira warna kulit, tempat, mazhab, ngo dan latar belakang politik.”


“Ustaz, susahlah macam ni, ustaz perlulah jelas kelompok mana yang perlu saya ikut!!??”


“Apakah kamu meminta saya menyempitkan yang luas dan meluaskan yang sempit!!?? Ukuran yang diterima di sisi Allah adalah ukuran Al-Quran dan Sunnah. So, suka tak suka mahu tak mahu, jika mahu selamat itulah rujukan yang sepatutnya. Anda boleh sertai semua yang ada samaada PMRAM, KONSIS, ISMA, ABIM atau bahkan UMNO dan anda boleh nilai siapa diantara mereka yang paling sesuai dengan pahaman anda dari prespektif Al-Quran dan Sunnah. Anda perlu adil terhadap diri anda dan anda perlu adil terhadap semua.”


Penulis sentiasa berdoa agar umat Islam diberikan kelembutan hati dan keterbukaan minda. Allahumma allif baina qulubil muslimin, wajma’ kalimatahum, wawahhid shufufahum wa allif zata bainihim, allahumma habbib ilainal iman wa zayyinhu fi qulubina wa karrih ilainal kufra wal fusuqa wal ‘ishyan waj’alna minarrashidin, allahummagfirlana wa liikhwaninallazina sabaku fil iman wala taj’al fi qulubina gillan lillazina amanu..

Isnin, 27 April 2009

Ma3alim Madinah Special Edition


Busyra bagi Sahabat-sahabat di Madinah.
Pada Khamis ini 30 April ini akan diadakan Ma3alim Madinah Istimewa bagi Mahasiswa di Madinah.
Tentatif Programnya amat menarik dimana pelbagai tempat-tempat bersejarah di Madinah yang mungkin Mahasiswa Madinah sendiri tidak pernah pun menjejakkan kaki setelah bertahun-tahun bermukim di Madinah.
Penulis difahamkan bahawa terdapat destinasi tambahan yang tidak disenaraikan didalam Poster di atas.
Jadi jangan lepaskan peluang berharga ini.Berjalan menambah ilmu dan pengalaman.

Khamis, 23 April 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis


KONVESYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS
Sabtu 9 Mei 2009
8 pagi - 5 petang
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur
Penyertaan: RM 10
Anjuran: PEMBINA dan Aman Palestine
Maklumat lanjut di http://www.kbaz. net

Konvensyen yang bertujuan mengumpulkan para belia dari seluruh pelusuk tahanair agar menghayati dan memahami isu ini turut akan mengadakan pameran dan jualan sepanjang berlangsungnya konvensyen.

PANELIS :
Dr. Mohsen Saleh , Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London

Dr. Azzam al-Tamimi , Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan

Dr. Roslan b Mohd Nor , Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006 , PhD in 'Islamic Jerusalem Studies', Aberdeen University Scotland

ATURCARA KONVESYEN
8.00 PAGI: Pendaftaran Peserta
8.30 PAGI: PEMBENTANGAN 1 - Dr. Roslan bin Mohd Nor (Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)
9.30 PAGI: Ucapan - Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman (Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)
10.45 PAGI: Jamuan ringan
11.00 PAGI : Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimi (Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)
12.00 TGH: Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Saleh (Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)
1.00 TGH: Rehat, makan dan solat
2.00 PTG: Pembentangan 4 - Dr. Azzam al-Tamimi (Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)
3.00 PTG: Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Saleh (Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)
4.00 - 5.00 PTG: Majlis Penutup
Ucapan Penangguhan - Dr. Kamil Azmi Tohiran , Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Penyertaan masih terbuka kepada semua. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai konvensyen ini bolehlah mendaftarkan diri kepada nama-nama dibawah, tempat adalah terhad:

Muaz: 013 3044180
Zaizul: 019 6641406
Dr. Kamil: 016 9490623
Dr. Kamsani: 013 6130189
Pn. Suriani: 019 6654746
Pn. Kamisah: 019 2796792
e-mail: amanpalestin@ yahoo.com
Website: http://kbaz. net/
Untuk keterangan lanjut, hubungi: Aman Palestin Berhad

::BERMINAT MENAJA::

Kepada sesiapa yang ada kelapangan wang ringgit atau mempunyai sahabat handai yang dermawan serta hartawan bolehlah menghulurkan derma bagi menjayakan program yang besar lagi bermakna kepada kita semua.

Derma bolehlah disalurkan kepada:
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787

Template by:
Free Blog Templates